UlikeBeautyTech tiba di SOGO The Mall, Mid Valley Southkey

SOGO

Berikutan sambutan hangat yang diterima daripada pembukaan kedai fizikal pertamanya di SOGO Kuala Lumpur, Ulike meneruskan momentumnya dengan melancarkan kedai runcit berasaskan pengalaman yang terbesar di SOGO The Mall, Mid Valley Southkey pada 10 Ogos.

Kedai terbaru ini menawarkan pengalaman yang lebih mendalam dan interaktif kepada pelanggan, mengukuhkan lagi kedudukan Ulike sebagai peneraju dalam industri kecantikan.

Pembukaan cawangan fizikal kedua ini bukan sahaja menandakan satu lagi pencapaian penting bagi Ulike sebagai jenama Peranti Penyingkir Bulu di Rumah Nombor Satu Dunia 2022 dan jenama terkemuka dalam industri kecantikan dan penjagaan diri di rumah, tetapi juga membawa keterangkuman yang lebih luas kepada para pelanggan setia mereka.

Kini, bukan sahaja penduduk di wilayah selatan Malaysia, malah mereka yang berada di Singapura juga dapat menikmati akses yang lebih mudah kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang ditawarkan oleh Ulike.

Cawangan terbaru ini akan menjadi pentas bagi pelbagai produk terkini Ulike, menonjolkan Ulike Air 10 Pro Ice Cooling IPL Hair Removal Device dalam warna ungu bergaya yang diinspirasikan oleh semangat Olimpik, sehinggalah kepada ReGlow LED Face Mask dan pelbagai lagi produk menarik.

Pengunjung bukan sahaja berpeluang untuk meneroka dan mencuba sendiri inovasi-inovasi terlaris daripada jenama ini, malah turut ditawarkan konsultasi kecantikan secara peribadi untuk pengalaman yang lebih interaktif dan memenuhi keperluan individu.

En. K. M. Leong, Pengurus Besar Asia Tenggara bagi Kumpulan Ulike berkongsi, “Kami berasa amat teruja untuk melebarkan sayap Ulike ke kota Johor Bahru yang menawan, dengan outlet fizikal kami yang kedua di SOGO The Mall, Mid Valley Southkey. Kami melihat outlet ini sebagai satu pelaburan strategik untuk menjadikan produk-produk penyingkir bulu dan kecantikan kami yang serba canggih lebih mudah untuk diakses oleh warga Malaysia dan Singapura. Kami berasa teruja untuk meneruskan usaha kami dalam menjadikan solusi-solusi kecantikan yang inovatif lebih mudah diakses oleh khalayak yang lebih luas. Kami berbesar hati untuk meraikan detik istimewa ini bersama para pelanggan dan rakan yang kami hargai.”

Sebagai satu cara untuk menambahkan lagi kemeriahan dan semangat pada majlis pelancaran outlet interaktif ini, Ulike telah mempersembahkan sebuah persembahan tarian singa yang penuh dengan tenaga dan aksi akrobatik yang memukau, bertujuan untuk menghiburkan semua tetamu yang hadir.

Acara kemuncak majlis diteruskan dengan upacara memotong reben yang disempurnakan oleh individu-individu penting seperti En. K. M. Leong, Pengurus Besar Asia Tenggara bagi Ulike Group; En. Alvin Too, Ketua Jabatan SOGO HQ; En. Mohd Hafiz Buang, Pengurus Gedung Serbaneka SOGO Southkey; dan Cik Carmen Foo, Pengarah Komersial Ulike, menandakan secara rasmi pembukaan cawangan terbaru Ulike.

Para peminat dan orang ramai dijemput untuk turut serta dalam meraikan kehadiran UlikeBeautyTech di Malaysia dengan pelbagai promosi menarik, sesi interaktif yang menyeronokkan, aktiviti-aktiviti yang memikat, dan banyak lagi kejutan istimewa.

Bermula dari hari ini sehingga 1 September, para peminat juga berpeluang untuk bertemu dengan personaliti-personaliti media sosial yang popular seperti Fish (阿鱼), COCO, JOMAMA dan ramai lagi.

Mereka bukan sahaja akan berkongsi pengalaman dan pandangan mereka tentang produk-produk Ulike, tetapi juga akan memberikan pelbagai tip kecantikan yang berguna untuk membantu para peminat meningkatkan rutin kecantikan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Acara pembukaan yang istimewa ini juga menjadi platform bagi Ulike untuk menunjukkan rasa terima kasih mereka kepada para pelanggan dan peminat setia.

Sebagai tanda penghargaan, 100 pelanggan terawal akan menerima rebat segera eksklusif bernilai RM200 untuk sebarang pembelian yang dibuat, di samping pelbagai tawaran menarik yang lain. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan merasai sendiri pengalaman istimewa ini, anda dijemput untuk mengunjungi outlet berasaskan pengalaman yang baru dibuka ini.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan mengikuti perkembangan terkini mengenai Ulike, sila kunjungi laman Instagram rasmi Ulike Malaysia. Anda akan menemui pelbagai informasi menarik, promosi terkini, dan kandungan eksklusif yang lain di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *