Tonton Non Stop, On Top! Catat Kejayaan Apabila Suri Rumah Kuching Bawa Pulang Hadiah Utama

Tuah menyebelahi seorang suri rumah dari Kuching, Sarawak apabila beliau berjaya membawa pulang sebuah TQ Wuling Bingo Pro EV bernilai RM67,332 selepas dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama Pusingan 1 kempen Tonton Non Stop, On Top!.

Pemenang tersebut, Zizie Aina Anak Rigus, 29, yang berada di Sarawak, diwakili oleh rakannya untuk menerima hadiah pada majlis penyampaian yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

Zizie berjaya mengumpul sebanyak 64,561 mata sepanjang Pusingan 1 yang berlangsung dari 15 hingga 28 Jun lalu menerusi tontonan pelbagai kandungan terpilih di platform Tonton.

Menurut Zizie, beliau mengetahui mengenai kempen berkenaan melalui media sosial sebelum mengambil peluang untuk menonton kandungan terpilih secara konsisten bagi mengumpul mata sebanyak mungkin.

“Saya tengok dari pagi sampai malam. Strateginya teruskan tengok dan jangan tutup mata,” katanya.

Beliau menyifatkan kemenangan tersebut sebagai satu rezeki yang amat bermakna buat dirinya serta keluarga. Kereta elektrik berkenaan juga dirancang untuk digunakan bagi kegunaan harian termasuk menghantar anak ke sekolah.

Sementara itu, Pengurus Besar Pembangunan Produk & Perniagaan Tonton, Fikri Rizal Mahruddin berkata, penyampaian hadiah utama pertama bagi kempen Tonton Non Stop, On Top! merupakan satu detik istimewa buat pihaknya.

Menurut beliau, kempen tersebut merupakan program ganjaran terbesar yang pernah dianjurkan oleh Tonton setakat ini dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai lebih RM700,000 untuk ditawarkan kepada para peserta.

Beliau turut memaklumkan bahawa sambutan terhadap kempen itu amat menggalakkan apabila jumlah penyertaan telah melebihi 11,000 peserta setakat ini dan dijangka terus meningkat sehingga kempen berakhir.

Kempen Tonton Non Stop, On Top! masih berlangsung sehingga 9 Ogos 2026 dengan tiga lagi hadiah utama berupa kereta menanti pemenang bertuah.

Pusingan 2 kini sedang berlangsung sehingga 12 Julai dengan sistem kutipan mata ditetapkan semula mengikut mekanisme kempen bagi memberi peluang kepada semua peserta bermula dari tahap yang sama.

Melalui kempen ini, peserta berpeluang meningkatkan peluang kemenangan dengan menonton lebih banyak kandungan terpilih di platform Tonton. Semakin lama masa tontonan, semakin tinggi peluang untuk mengumpul mata dan memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Tonton Non Stop, On Top!, layari contest.tonton.com.my/nonstopontop.

Ikuti perkembangan terkini mengenai rancangan kegemaran anda melalui akaun rasmi Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram menerusi @tontonmy.