Kerjasama Nestlé Malaysia dan UIAM Kuantan Buka Laluan Baharu STEM Halal
Nestlé Malaysia terus memperkukuh komitmennya dalam pembangunan ekosistem Halal negara melalui kerjasama strategik bersama Kulliyyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan. Usaha ini dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang memberi fokus kepada pemerkasaan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berteraskan Halal. Kerjasama ini dilihat sebagai langkah penting dalam merapatkan jurang antara industri dan…