Merdeka 118: Menetapkan Standard Baharu dalam Kecemerlangan Keselamatan Kebakaran dan Nyawa Global
Sebagai mercu tanda ikonik di persada tempatan dan global, Menara Merdeka 118 terus memacu inovasi keselamatan bangunan di Malaysia. Terbaru, menara ini secara rasmi menerima Sijil Perakuan Bomba (FC) daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Pengiktirafan ini mengesahkan bahawa Merdeka 118 telah melepasi kriteria keselamatan kebakaran yang ketat serta mematuhi piawaian perundangan Malaysia sepenuhnya….