Mary Grace Menjadi Bintang Terang, Dinobatkan Juara Calpis Soda One-In-A-Million!

Dalam malam yang penuh dengan emosi dan kegembiraan, Mary Grace telah dinobatkan sebagai juara Calpis Soda One in a Million (CSOIAM) 2025, mengakhiri musim pertama pertandingan ini dengan sebuah kemenangan yang luar biasa! Setelah lapan minggu penuh persaingan yang sengit, 2,500 peserta, dan persembahan yang memukau, Mary Grace berjaya memikat hati jutaan penonton di seluruh…

Read More

Kritikan Pedas Juri Hentikan Perjalanan Rezza Shah, Alya Mardien Gagal Pikat Hati Penonton

Episod keempat program realiti terkenal Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) melabuhkan tirai dengan dua penyingkiran yang mengejutkan, melibatkan Rezza Shah dan Alya Mardien. Rezza Shah, yang sebelum ini memulakan pertandingan dengan membawakan gabungan lagu Kembali Merindu dan Seragam Hitam, tersingkir akibat masalah disiplin yang ketara. Teguran keras daripada juri tetap, Datuk Yusry Abdul…

Read More

Aina Abdul dan Jimi Buktikan Kehebatan Duet di Pentas CSOIAM

Minggu ketiga program realiti muzik popular, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), sekali lagi memukau penonton dengan pelbagai kejutan luar biasa. Sorotan utama minggu ini adalah peluang eksklusif untuk Jimi, pemenang gelaran peserta terpaling ‘FIZZ’ minggu lalu, berduet bersama Aina Abdul, penyanyi berbakat besar yang telah merangkul anugerah Vokal Terbaik AJL selama tiga tahun…

Read More

Kemunculan Sophia Albarakbah di CSOIAM, Rezza Shah Bikin Drama di Pentas!

Minggu ketiga Calpis Soda One In A Million (OIAM) tampil luar biasa dengan pelbagai kejutan yang mendebarkan. Antara momen paling mencuri perhatian adalah persembahan Rezza Shah yang mendendangkan lagu Diari Seorang Lelaki. Apa yang menjadikannya istimewa ialah kemunculan istimewa Sophia Albarakbah, pelakon terkenal dari drama Tonton: Marina. Penampilan mengejut Sophia itu berjaya memukau penonton, menambah…

Read More

Dayang Nurfaizah Curi Tumpuan di Minggu Kedua Pentas Calpis Soda One In A Million

Pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) minggu kedua terus memukau dengan kehadiran penyanyi tersohor, Dayang Nurfaizah, yang tampil membawakan dua lagu ikoniknya, Hakikat Cinta dan Lemah. Setelah 15 tahun tidak berada di pentas berprestij ini, kemunculan Dayang menghidupkan suasana dengan persembahan penuh emosi dan menyuntik semangat kepada barisan Top 14 dalam episod kedua…

Read More

Perjalanan Berakhir Buat 4 Peserta, Top 10 CSOIAM Bersedia Hadapi Cabaran Baharu!

Program realiti Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) sekali lagi mencetuskan perbualan hangat dengan konsep penyingkirannya yang tegas dan dramatik. Selepas menggegarkan minggu pertama, pentas CSOIAM diteruskan dengan aksi Top 14 yang menakjubkan. Namun, minggu kedua berakhir dengan suasana suram apabila empat peserta – Trio XL, Dhania, Erfarina, dan Aniq Iffat – terpaksa mengucapkan…

Read More

Calpis Soda One In A Million: 32 Finalis Bersiap Sedia Menggegar Pentas TV3!

Debaran penantian kini berakhir apabila program realiti ikonik, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kembali menggegarkan dunia hiburan Malaysia selepas 15 tahun! Program pencarian bakat yang paling dinanti-nantikan ini bakal memulakan siarannya pada 22 Disember 2024, setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Dengan tema baharu dan konsep lebih segar, CSOIAM menjanjikan fenomena luar…

Read More