Streaming MPL Malaysia Kini Lebih Berbaloi – Raih Diamonds & Skin Chests Hanya Dengan Menonton!

Kemeriahan Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia semakin memuncak apabila Tonton tampil memperkukuh pengaruhnya dalam industri esports tempatan. Menerusi kerjasama bersama Moonton, platform ini kini menjadi saluran eksklusif untuk penstriman MPL Malaysia Season 17 kepada penonton di seluruh negara.

Inisiatif ini membuka lebih banyak ruang kepada peminat untuk mengikuti aksi kompetitif bertaraf tinggi, sekali gus mengangkat Tonton sebagai destinasi pilihan komuniti Mobile Legends: Bang Bang tempatan. Dalam masa yang sama, kempen “Tonton & Menang: MPL MY S17” diperkenalkan sebagai usaha untuk meningkatkan penglibatan penonton, berlangsung dari 29 April hingga 7 Jun 2026.

Proses penyertaan direka secara ringkas bagi memudahkan pengguna. Peserta hanya perlu melayari laman kempen melalui pautan atau kod QR, diikuti dengan log masuk atau pendaftaran akaun sebelum mula menonton siaran MPL Malaysia Season 17 di Live TV. Setiap tontonan akan direkod secara automatik dan ditukarkan kepada mata berdasarkan jumlah jam tontonan mingguan.

Peserta yang berjaya mengumpul mata tertinggi akan dipilih sebagai pemenang dan akan dihubungi untuk menerima ganjaran dalam permainan. Antara hadiah menarik yang menanti termasuk Diamonds sehingga 4,450 serta Skin Chests eksklusif yang pastinya menjadi rebutan peminat.

Sepanjang tempoh kempen, penonton boleh menikmati siaran lancar tanpa gangguan setiap hujung minggu. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi MPL Malaysia Season 17 di Tonton dan ikuti perkembangan terkini melalui saluran media sosial rasmi mereka di @tontonmy.