Siri Baru Astro, Lagi Power dari Kudeta!

Dunia politik fiksyen Masraya kembali bergolak! Astro Originals mempersembahkan Honey Trap, sebuah siri thriller perisik wanita penuh aksi, emosi dan permainan kuasa yang rumit bermula 20 Jun 2025.

Spin-off kepada siri hit Kudeta (2022), Honey Trap memperkenalkan watak baharu Surya Gabriel, seorang perisik wanita yang menawan, cekap dan berani. Namun, misi berbahayanya menjadi semakin rumit apabila dia terjebak dalam konflik kuasa, dilema moral dan hubungan romantik yang tidak dijangka sekaligus menguji kesetiaannya.

Diarahkan oleh Imran Sheik (pengarah Kudeta) dan diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Lacuna Pictures, siri ini memaparkan 8 episod dan 2 episod istimewa. Ia dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nina KSC, Syarul Ezani, Ungku Ismail, Irfan Zaini, Amyza Aznan dan ramai lagi, termasuk penampilan khas dari Kudeta.

Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Honey Trap memberi fokus kepada sisi psikologi dan pandangan feminin dalam dunia perisikan termasuk isu kesihatan mental, kuasa toksik dalam organisasi dan manipulasi tersembunyi. “Siri ini bukan sahaja mendebarkan, malah menyentuh jiwa,” katanya.

Lebih istimewa, pengarah Imran Sheik menjelaskan bahawa inspirasi cerita ini turut datang daripada pengalaman peribadinya menjaga ahli keluarga yang menghidap schizophrenia menjadikan watak Surya lebih manusiawi dan kompleks.

Siri ini turut menampilkan kerjasama bersama Goodday Charge, minuman susu bertenaga tinggi, sebagai rakan penaja rasmi. Tonton Honey Trap bermula 20 Jun 2025, setiap Jumaat, jam 12 tengah malam di On Demand & sooka, Astro CITRA (9.00 malam) dan Astro RIA (Isnin, 9.00 malam). Dua episod pertama boleh distrim serentak di On Demand! Ikuti @astroshaw untuk lebih banyak klip menarik dan gunakan tanda pagar rasmi #HoneyTrap #SeducingTheCorrupt – Tehtariktimes