Shaffiq Erwin, yang juga dikenali sebagai seorang guru vokal, telah membina nama sebagai penyanyi sejak tahun 2012. Terbaru, Shaffiq, yang lebih mesra disapa Apit, kembali dengan single terbaharunya berjudul “Janjir”. Setelah beberapa ketika menyepi dari dunia nyanyian, Shaffiq mencabar diri untuk kembali ke pentas muzik melalui program realiti TV3, Famili Duo Season 1 pada tahun 2020, bersama penyanyi terkenal Ara Johari. Penyertaan mereka secara “one-off” itu membuahkan hasil apabila mereka dinobatkan sebagai juara episod Famili Duo – Saudara. Semangat kemenangan mereka berterusan, dan dalam Famili Duo Season 2 yang bersiaran pada tahun 2023, gandingan Shaffiq dan Ara Johari sekali lagi menyerlah dengan pencapaian mara hingga ke peringkat separuh akhir.
Pada tahun 2025, Shaffiq tampil dengan karya terbaharu, “Janjir”, yang memperlihatkan keberaniannya untuk mencuba genre Rockdut, iaitu gabungan Rock dan Dangdut. Lirik lagu ini menyentuh hati pendengar, menceritakan kisah pasangan yang pernah berjanji untuk setia, namun janji itu dimungkiri apabila salah seorang memilih untuk pergi dan hanya kembali semula ketika kesusahan melanda. Lagu ini bukan sekadar hasil karya biasa, tetapi merupakan hasil ciptaan dan terbitan bersama Rudy Nastia, Aizad Khan, serta Shaffiq Erwin sendiri, di bawah naungan Sevoce Studio dan edaran Universal Music.
Muzik video “Janjir” tampil meriah dengan tema warna merah jambu dan putih, memberikan daya tarikan visual yang menarik kepada karya ini. Kolaborasi dengan Kunafa Aiwah, Anas Lips Serum, dan Heetam Puteh turut memberi kemeriahan dalam produksi muzik video yang disunting oleh Shiha Zikir Empire. Lagu “Janjir” kini boleh didengari di YouTube dan semua platform digital mulai 12 November 2025. Shaffiq berharap agar rakan media dan pendengar dapat memberikan sokongan kepada karya terbaharunya ini.
Maklumat Lagu:
- Tajuk: Janjir
- Komposer: Rudy Nastia, Ku Yen, Aizad Khan, Shaffiq Erwin (Mixbro Records Ent)
- Lirik: Rudy Nastia, Ku Yen, Shaffiq Erwin (Mixbro Records Ent)
- Penerbit Muzik: Rudy Nastia
- Gubahan Muzik: Aizad Khan & Rudy Nastia
- Guru Vokal: Datuk Syafinaz Selamat
- Gubahan Vokal: Fitry Hiswady
- Gitar Elektrik & Akustik: Rudy Nastia
- Vokal Latar: Ku Yen & Mixbro All Stars
- Studio Rakaman: Mixbro Records
- Jurutera Adunan Awal & Akhir: Huzai (SYNS Music)