Sepang Bakal Berasap! AMK Gegar Sepang, Jangan Miss!

Festival Aku. Muzik & Kamu (AMK) kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang pada 26 dan 27 Julai 2025 dengan barisan artis 100% tempatan. Menampilkan 21 kumpulan muzik indie, rock dan ska paling ikonik serta bakat baharu Malaysia, AMK Indie 2025 dijangka menjadi pesta muzik alternatif terbesar tahun ini.

Hari pertama bakal menyaksikan kemunculan semula kumpulan thrash metal legenda, cromok, yang pastinya dinanti-nantikan peminat lama dan baharu. Turut menghangatkan pentas ialah SYJ, Monosterio, Metalasia, One Buck Short dan banyak lagi.

Hari kedua pula membawakan barisan yang tidak kurang hebatnya, termasuk Meet Uncle Hussain, Butterfingers, Hujan, Kyoto Protocol serta beberapa persembahan istimewa lain. Ada yang kembali selepas lama menyepi, ada reunion eksklusif dan ada juga yang terus konsisten dalam menyemarakkan muzik tanah air.

“Tiada artis antarabangsa, tiada nama tangkap muat. Hanya bakat tempatan sepenuhnya,” ujar David Bareng, Ketua Eksekutif Coaction Events. Dengan kapasiti 30,000 orang, pelbagai zon tiket, festival makanan tempatan dan harga tiket bermula RM159, AMK Indie 2025 menjanjikan pengalaman festival yang meriah dan mampu milik untuk semua.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan cromok dan barisan hebat pemuzik tempatan dalam festival yang bakal menjadi bualan ramai. Dapatkan tiket anda sekarang di:
https://shop.ilassotickets.com.my/eventdetails.aspx?eid=ZPpB7n8HA4E=&reflink=mewaheventmgmtTehtariktimes