Kumpulan rap legenda 4U2C kembali selepas hampir tiga dekad dengan konsert eksklusif WE 4U2C pada 15 September 2025 di Idea Live Arena, Petaling Jaya. Berkonsepkan “Bringin’ Back Da 90’s Flava”, konsert ini bakal membawa peminat mengimbas zaman kegemilangan 90-an yang pernah melonjakkan nama mereka.
Konsert ini terhasil daripada idea isteri Datuk AC Mizal, Datin Emylia Rosnaida, dan direalisasikan oleh Juss Event Sdn. Bhd. Menurut AC, mereka berjanji akan beri persembahan terbaik demi peminat serta mahu jadi trendsetter, bukan sekadar mencipta sejarah. Selain AC, 4U2C dianggotai oleh Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.

4U2C turut akan melancarkan tiga single baharu, termasuk satu balada dan dua lagu rancak yang lebih moden. Persembahan muzik akan dikendalikan oleh Aubrey Suwito bersama pemuzik profesional, dengan gubahan visual moden dan elemen penceritaan perjalanan seni mereka.
Konsert ini turut disokong oleh Millennium Group (penaja utama), Giant Malaysia, Uncle Jack, serta stesen radio Era, Sinar, Gegar dan Mix. Astro Gempak pula menjadi rakan media digital rasmi.

Harga tiket bermula RM155 hingga RM555 (tingkat bawah) dan RM255 hingga RM505 (tingkat atas). Jualan dibuka 30 Jun 2025 menerusi Ticket Empire dan Fantopia. Kaedah bayaran secara ‘beli dulu, bayar kemudian’ disediakan melalui Atome, Grab dan Shopee PayLater. Ikuti perkembangan di media sosial Juss.Events, serta akaun rasmi kumpulan 4U2C di Instagram & TikTok. – Tehtariktimes