Ramadan kali ini memang luar biasa apabila RASA, jenama terunggul resipi dan komuniti dari Nu Ideaktiv, menganjurkan kempen Bubur Lambuk Rewang Wira dengan skala yang lebih besar dan penuh nilai murni. Bertempat di Dataran Merdeka, acara ini bukan sekadar tradisi tahunan, tetapi menjadi lambang penghormatan terhadap jasa wira negara yang selama ini berada di barisan hadapan mempertahankan tanah air.
Dengan kerjasama erat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merangkumi Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), acara ini menyatukan anggota keselamatan, sukarelawan dan komuniti dalam semangat gotong-royong menyediakan bubur lambuk. Tradisi menyenduk bubur lambuk kini menjadi simbol penghargaan sebenar, apabila tangan-tangan yang selama ini memegang senjata kini menyingsing lengan demi komuniti.
Sebanyak 15 periuk besar bubur lambuk dimasak dengan semangat kental menggunakan 300kg beras Wangi SAJI Aroma, 113kg santan S&P, 90kg minyak masak OKI serta perisa AJI-SHIO® – dengan bantuan lebih 60 anggota ATM, 50 sukarelawan RASA dan ASTRO Kasih, serta 30 petugas DBKL. Dari pagi hingga tengah hari, aroma bubur lambuk mengharumkan Dataran Merdeka, menyatukan semua dalam suasana penuh keikhlasan dan kasih sayang.
Tahun ini, lebih 8,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada komuniti sekitar Kuala Lumpur, termasuk hospital, PPR, masjid, dan bazar Ramadan. Lokasi agihan termasuk Hospital Kuala Lumpur, IJN, PPR Laksamana, PA Seri Selangor, Bazar Jalan Raja Alang, Bazar Jalan Kuching dan Pasar Seni. Majlis pelepasan konvoi edaran bubur lambuk dimulakan jam 2.30 petang oleh Ketua Staf Markas ATM, bersama CEO Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim, dan para rakan penaja.
Menurut Encik Syamil Fahim, kempen ini bukan sekadar pengedaran bubur, tetapi usaha menyatukan rakyat dengan nilai kemanusiaan. “Bubur lambuk adalah hidangan yang membawa makna mendalam – ia menyatukan, menyuburkan nilai kasih sayang dan membawa berkat. RASA bangga menjadi penggerak tradisi ini dan tahun ini lebih istimewa dengan kolaborasi bersama ATM dan penaja utama, Blackmores,” jelasnya.
Sementara itu, Susi Emmarini Masri, Ketua Unit Bisnes Jenama Masakan & Deko RASA menekankan bahawa tema Rewang Wira membawa makna lebih besar. “Ramai terlupa bahawa di sebalik Ramadan yang kita raikan bersama keluarga, ada wira negara yang masih bertugas. Rewang Wira ini bukan sekadar masak dan beri, tetapi peluang rakyat dan wira negara bergaul, memasak bersama dan merasai nikmat Ramadan sebagai satu komuniti,” katanya penuh semangat.
Kempen kali ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang benar-benar menjadikan suasana Meriah Lain Macam! Antaranya ialah Segmen Meriah Lain Macam bersama penyampai Zayan, Faizal Ismail dan Nana Mahazan; Borak seeNI bersama Keanu Azman & Haziq Hussni, persembahan Mila Jirin, serta demonstrasi masakan eksklusif oleh Chef Naem dan Shafiq Cute. Suasana bertambah meriah dengan pelancaran Malam Tujuh Likur, pameran replika hiasan gergasi dan pelbagai booth interaktif penaja.
Menariknya, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah dan duit raya berjumlah RM5,000 menerusi peraduan media sosial. Hanya perlu kongsikan momen menarik sepanjang acara ini di Instagram atau TikTok dengan kapsyen paling kreatif serta tanda pagar rasmi #RasaBuburLambuk dan #MeriahLainMacam.
Sebagai sebahagian daripada program Iftar@KL2025 anjuran DBKL dan JKKN, kempen ini menjadi antara tarikan utama Ramadan tahun ini. Dataran Merdeka dihiasi pelita, menjadi ruang yang bukan sahaja indah untuk berbuka puasa, malah mengukuhkan semangat perpaduan.
Ayuh, jadilah sebahagian daripada sejarah ini! Sertai Bubur Lambuk Rewang Wira dan rasai sendiri kehangatan Ramadan yang sebenar. Ikuti RASA di semua platform digital dan jangan lupa muat turun aplikasi seeNI untuk pelbagai kandungan menarik sepanjang Ramadan dan Syawal ini.