Suria KLCC, pusat membeli-belah ikonik Malaysia, mengundang pengunjung untuk merasai pesona ‘European Christmas Village’ yang akan berlangsung dari 22 November hingga 25 Disember 2024.
Centre Court Suria KLCC telah dihiasi dengan gerai-gerai unik yang menyerupai bangunan kayu tradisional Eropah, mencipta suasana magikal bagi pengunjung. Lorong-lorong berbatu buntar dan pokok Krismas yang dihiasi dengan lampu berkelipan menyemarakkan semangat perayaan. Di dalam perkampungan ini, terdapat gerai bunga, kedai roti, dan kedai mainan yang menawarkan pelbagai pengalaman menarik, semuanya bertujuan merayakan musim Krismas.
Pengunjung boleh menyertai ‘Christmas Wreath Workshop’ secara percuma setiap hari Sabtu, di mana mereka boleh mencipta hiasan Krismas khas untuk dibawa pulang. Bagi peminat roti, bengkel hiasan donat DIY pada setiap Ahad memberi peluang untuk menghias snek perayaan yang boleh dijadikan hadiah atau dinikmati bersama keluarga.
Selain itu, ‘Festive Photobooth’ di kedai hadiah menawarkan pengalaman menangkap gambar perayaan dengan salinan digital percuma. Latar belakang foto yang sempurna juga disediakan dengan kereta kuda berhias indah, serta pokok Krismas setinggi 100 kaki di Esplanade KLCC, yang pasti mencuri perhatian.
Santa Claus juga tidak ketinggalan untuk meriahkan suasana dengan sesi bertemu pengunjung pada setiap hari Sabtu dan Hari Krismas. Tidak ketinggalan, koir Krismas akan memeriahkan suasana pada setiap hari Ahad dan Hari Krismas, disertai dengan persembahan tarian yang menambah keceriaan.
Suria KLCC turut menawarkan ganjaran istimewa kepada pembeli sepanjang musim perayaan ini. Pengunjung yang berbelanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar Membeli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 melalui ‘Shoppers Rewards Programme’. Selain itu, 50 pembeli pertama yang membeli e-Baucar RM1,000 akan menerima tambahan e-Baucar RM100 secara percuma.
Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, berkata, “Suria KLCC adalah destinasi ikonik yang bukan sahaja sebagai pusat membeli-belah, tetapi juga tempat untuk mencipta kenangan dan pengalaman bersama keluarga. Tahun ini, kami berhasrat untuk menyebarkan semangat Krismas dengan mencipta detik magis yang menyatukan semua.”
Alamanda Putrajaya
Alamanda Putrajaya juga tidak ketinggalan dalam merayakan musim Krismas dengan tema ‘European Christmas Village’ yang berlangsung dari 22 November 2024 hingga 1 Januari 2025. Pengunjung boleh menikmati keindahan pasar Krismas yang dihiasi dengan lampu dan hiasan yang memukau di Centre Court.
Bagi yang mencari hiburan, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti tarian Krismas, persembahan muzik, aksi juggling, dan silap mata pada setiap hujung minggu dari 14 hingga 25 Disember. Keluarga dengan anak kecil boleh menyertai aktiviti VIKids yang menyeronokkan, termasuk menghias kek cawan Krismas dan membuat hiasan kayu pada hujung minggu dari 21 hingga 29 Disember.
Pada Hari Krismas, Santa akan menggembirakan kanak-kanak dengan ‘balloon sculptures’. Pembeli juga berpeluang memperoleh ganjaran e-Baucar Alamanda dengan setiap perbelanjaan RM500 atau lebih.
Selain itu, Alamanda Putrajaya turut menyokong kempen kesihatan mental dengan melancarkan Alamanda Ribbon Pin, yang dijual dengan harga RM10, dengan hasil jualan disalurkan kepada NGO kesihatan mental. Pembeli pin juga akan menerima ais krim percuma pada Hari Krismas.
Mesra Mall Kemaman
Mesra Mall di Kemaman turut meriah dengan tema ‘European Christmas Village’ dari 5 hingga 31 Disember 2024. Pelbagai aktiviti menarik menanti keluarga, seperti ‘Santa Hat Workshop’ pada 14 Disember dan ‘Fairy Tale Costume Competition’ pada 21 Disember, di mana peserta boleh berpakaian seperti watak kegemaran mereka untuk memenangi hadiah.
Pada Hari Krismas, sesi pemberian belon kepada kanak-kanak akan diadakan pada pukul 2 petang dan 4 petang. Selain itu, bengkel Sains VIKids akan diadakan dari 25 hingga 29 Disember, memberikan pengalaman sains interaktif yang menarik untuk kanak-kanak.
Pembeli yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit layak menerima hadiah eksklusif seperti Pumpkin Pot 8L melalui ‘Shoppers Rewards Programme’.
Sempena perayaan Krismas ini, semua pusat membeli-belah menawarkan pelbagai aktiviti dan ganjaran yang pasti menjadikan musim ini lebih bermakna untuk semua.
Untuk info lanjut, layari:
- SuriaKLCC – suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
- Alamanda- alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
- MesraMall – mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall