Rangga dan Cinta Kembali Curi Hati Penonton, Netizen Luah Rasa ‘Tak Boleh Move On’ Lepas Tonton Filem Ini

Demam Rangga dan Cinta kini melanda Malaysia! Sejak tayangan khas filem ini berlangsung, media sosial dibanjiri dengan pelbagai reaksi penuh emosi daripada penonton, daripada mereka yang membesar dengan kisah asal hinggalah ke generasi baharu Gen Z yang baru jatuh cinta dengan versi terbaharu pasangan ikonik ini. Dari nostalgia zaman sekolah hingga ke vibe yang fun dan segar, satu perkara jelas — filem ini benar-benar buat hati bergetar.

Antara komen yang mencuri perhatian termasuk, “Filem yang terasa dekat di hati dengan kisah Rangga dan Cinta dalam dunia hari ini,” “Fresh dan boleh tangkap hati korang dengan pelbagai cara,” serta “Lepas tengok filem ni terus rasa macam nak bercinta!” Ada juga yang berkata, “Babak pembukaan dan penutup memang terbaik, rasa macam nak menari sekali!” dan “Filem ni memang buat kita terpaku dari mula sampai habis. Setiap babak penuh nostalgia. Riri Riza hasilkan versi baharu yang sangat hebat.”

Menariknya, semua komen ini datang daripada penonton bertuah yang menghadiri Tayangan Khas Rangga & Cinta, yang turut menampilkan barisan pelakon dan pembikin di sebalik tabir seperti El Putra Sarira, Leya Princy, Riri Riza, Mira Lesmana dan Nicholas Saputra. Tidak hairanlah tiket tayangan khas ini habis dijual dalam masa kurang daripada 48 jam.

Sambutan luar biasa ini membuktikan bahawa Rangga & Cinta bukan sekadar sebuah filem romantik, tetapi satu perjalanan emosi yang membangkitkan semula rasa cinta, kenangan dan rindu — semuanya dibalut dalam sentuhan sinematik yang indah.

Bagi yang belum menonton, inilah masanya untuk jatuh cinta semula. Rangga & Cinta kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. Jangan tunggu lama — dapatkan tiket anda hari ini dan alami sendiri kisah cinta yang menyentuh jiwa.

Bila dua jiwa bertemu, cinta menemukan nadanya.
Kerana setiap generasi punya Rangga dan Cinta mereka sendiri.

Untuk perkembangan dan kandungan eksklusif filem ini, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.