ALYPH baru-baru ini menganjurkan acara istimewa “Contest Berbuka Puasa” bersama Hot FM pada 20 Mac 2025. Acara eksklusif ini hanya dibuka kepada 35 peminat bertuah, menjadikannya satu pengalaman yang lebih dekat dan bermakna. Ia merupakan cara ALYPH untuk menghargai mereka yang sentiasa menyokong perjalanan muziknya.
Bertempat di Banyan Cafe and Bistro, suasana yang santai dan mesra menjadikan majlis ini lebih istimewa. Peminat bukan sahaja dapat berbuka puasa bersama ALYPH, tetapi juga berinteraksi secara langsung dengannya. Lebih menarik, mereka berpeluang memenangi sepasang kasut eksklusif Nike Air Force “The Storm AF1” yang direka khas untuk ALYPH, tajaan daripada “Hot FM Contest.”
ALYPH turut berkongsi kegembiraannya kerana dapat meluangkan masa bersama peminat dengan lebih peribadi. “Saya sangat teruja dapat menghabiskan masa istimewa ini bersama mereka, dan saya mahu menjadikannya lebih bermakna dengan memberi kembali,” katanya.

Acara “Berbuka Puasa Bersama ALYPH dan Hot FM” bukan sekadar sesi berbuka biasa, tetapi sebuah malam penuh keceriaan, keakraban, dan penghargaan terhadap sokongan peminat. Mereka yang hadir bukan sahaja dapat mengenali ALYPH dengan lebih dekat, tetapi juga menikmati juadah lazat yang disediakan oleh Banyan Cafe and Bistro.
Terima kasih kepada Banyan Cafe and Bistro kerana menyediakan lokasi serta hidangan yang sempurna untuk melengkapkan malam yang penuh kenangan ini.