Debaran Akhir Cat Fashion Week – Siapa ‘Meow-del’ Terunggul?
Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba! Pertandingan fesyen kucing pertama di TV tempatan, Cat Fashion Week, bakal melabuhkan tirai pada Ahad, 17 Ogos 2025, jam 9.00 malam di TV3.
Selepas mencuri perhatian di segmen khas program Nona dan kapsul eksklusif berdurasi 10 minit, malam kemuncak ini menjanjikan pentas penuh gaya, kejutan dan gelagat comel si bulus yang pasti menghiburkan semua.
Meow Menyala, Gaya Membara!
Cat Fashion Week bukan sekadar pertandingan fesyen biasa. Ia adalah perayaan kasih sayang dan kreativiti antara pemilik dan kucing kesayangan mereka. Setiap penampilan di pentas mempamerkan personaliti unik, dari gaya santai hingga tema memukau lengkap dengan kostum, aksesori kreatif dan gimik yang buat penonton tersenyum.
Peragaan Penuh ‘Meow-riah’ & Kreativiti
Daripada busana puteri, gaya juruterbang, pemandu litar hingga konsep Mesir Purba, malam akhir ini akan memukau mata anda. Acara paling dinantikan pastinya ‘catwalk’ ikonik, diiringi muzik, paparan LED dan sorakan penonton — membuatkan si bulus melangkah bak model antarabangsa.
Lebih istimewa, setiap persembahan disertai kisah persediaan pemilik dan kucing yang mencuit hati serta memberi inspirasi.
Panel Juri Hebat
Juara akan dipilih oleh barisan juri profesional:
- Mark Adam & Shiha Zikir – Selebriti & pemilik kucing tegar
- Mohd Jeffrey – Pengasas & pakar dandanan kucing MJMA Academy
- Rizman Nordin – Pereka fesyen terkenal
Penilaian bukan saja pada fesyen, tetapi juga kreativiti, persembahan, penjagaan kucing dan keserasian pemilik-bulus
Hiburan Berganda
Selain fesyen, malam kemuncak akan diserikan dengan persembahan lagu popular oleh Sophia Liana dan Shiha Zikir.
Turut berlangsung aktiviti menarik untuk seisi keluarga:
- Adopsi Kucing (Furever Friends & Kelab Kucing Malaysia)
- Face Painting & DIY Keychain (Mama Ayu)
- Crafty Paws Shrink Art (Hands On Crafts)
Hadiah Lumayan
- Juara: RM5,000
- Naib Juara: RM3,000
- Tempat Ketiga: RM2,000
- Tempat 4–8: RM1,000 (saguhati)
- Anugerah FELIX – Si Bulus Paling Memikat (kucing dengan undian tertinggi)
Senarai 8 Finalis
- Nurul Izzah & Omey – Jantan, Siberian
- Nurul Awwal & Chibbu – Jantan, Domestic Long Hair
- Nurmayani & Kristoff – Jantan, Ragdoll
- Siti Rohani & Goyem – Jantan, Domestic Long Hair
- Farahin Zakaria & Juny – Betina, Persian
- Zakry Shazryl & Winter Notty – Jantan, Munchkin
- Anis Halyatie & Evian Evan – Jantan, Ragdoll
- Siti Khadijah & Mocha – Betina, Domestic Long Hair
Cat Fashion Week dibawakan oleh PURINA FELIX – Rasa Memikat, Kucing Buat Apa Saja! dengan Hot FM sebagai rakan radio rasmi dan SAYS sebagai rakan digital rasmi.
Jangan lepaskan malam penuh ‘pawsome’ ini – Ahad, 17 Ogos 2025, jam 9.00 malam, hanya di TV3!
Ikuti @TV3Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube & TikTok untuk info terkini. – Tehtariktimes