Selepas empat minggu penuh cabaran dan emosi, pasangan adik-beradik Shiha Zikir dan Ieda Zikir mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Duo Terbaik dalam episod keempat Famili Duo musim ini. Membawakan lagu legenda Di Manakan Ku Cari Ganti nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee, mereka menyentuh hati juri dan penonton dengan persembahan yang sarat emosi. Persembahan itu bukan sahaja memukau, tetapi turut menjadi penghormatan istimewa kepada arwah ayah dan kakak mereka.
“Kemenangan ini sangat bermakna kerana ia adalah tribute khas untuk insan-insan yang sangat kami sayang,” kata Shiha penuh perasaan. Persembahan mereka yang disertai alunan seruling dan penghayatan mendalam memukau para juri, dengan Mas Idayu memberikan pujian penuh, “Tak ada komen, bagus!”
Namun, disebalik persembahan memukau itu tersimpan cabaran emosi yang berat. Shiha mendedahkan bahawa mereka hampir tidak memilih lagu tersebut kerana kerisauan untuk mengawal emosi sepanjang persembahan. “Kami takut tak dapat kawal emosi walaupun ada dua minggu untuk persediaan. Tetapi bila difikirkan kembali, kami rasa ini peluang terbaik untuk tribute kepada mereka yang telah pergi. Setiap kali rehearsal, kami menangis, tetapi kami berusaha untuk memberikan yang terbaik,” jelasnya. Shiha turut menambah bahawa persembahan ini bukan sekadar untuk dirinya, tetapi juga untuk mereka yang pernah melalui kehilangan insan tersayang.
Persembahan penuh makna ini meletakkan Shiha dan Ieda Zikir di kedudukan teratas dengan markah keseluruhan 64.07%. Gelaran Duo Terbaik yang dirangkul turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000. Persembahan mereka diiktiraf kerana gabungan vokal mantap dan kebolehan menyampaikan emosi yang dirasai oleh semua penonton, sekali gus menjadikan mereka juara mingguan yang tidak dapat disangkal.
Malam itu juga menyaksikan persaingan hebat dari pasangan lain yang tidak kurang hebatnya. Pasangan sepupu, Tomok dan Syarul Kamal, terus mencuri tumpuan dengan persembahan medley Hore-Hore dan Salam Terakhir, membawa nostalgia buat penonton. Juri memuji kemampuan mereka menyampaikan emosi melalui lagu dengan sempurna. Pasangan Naqiu dan Joey pula mencuri perhatian dengan Chow Kit Road dan Apokalips, menunjukkan peningkatan yang konsisten sejak minggu pertama. Ayie Elham dan Salma Asis memberikan persembahan menyentuh hati melalui gabungan lagu Aku Bidadari Syurgamu dan Untukmu Ibu, memperlihatkan kreativiti mereka dalam membawa konsep berbeza setiap minggu.
Berikut adalah kedudukan persembahan dalam episod keempat:
- Shiha Zikir & Ieda Zikir – 64.07%
- Tomok & Sharul Kamal – 63.67%
- Ayie Elham & Salma Asis – 61.68%
- Naqiu & Joey – 55.07%
- Zahid & Anne – 52.35%
- Didi Astillah & Thamiera – 50.15%
Dengan tema dangdut menanti minggu hadapan, persaingan dijangka menjadi lebih sengit. Berikut adalah carta kedudukan markah terkumpul selepas episod keempat:
- Tomok & Sharul Kamal – 261.7
- Ayie Elham & Salma Asis – 248.43
- Shiha Zikir & Ieda Zikir – 228.27
- Naqiu & Joey – 224.11
- Zahid & Anne – 178.79
- Didi Astillah & Thamiera – 178.79
Famili Duo musim ini dibawakan khas oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama bersama Marigold HL sebagai rakan penaja. Platform digital rasmi OhBulan! dan XTRA turut memeriahkan program ini sebagai Famili Digital. Dengan hadiah mingguan RM10,000 untuk Duo Terbaik serta ganjaran utama RM100,000 menanti juara akhir, pentas Famili Duo sememangnya menjanjikan drama dan persembahan memukau setiap minggu. Pemenang mingguan ditentukan melalui gabungan penilaian juri sebanyak 70% dan undian atas talian daripada penonton sebanyak 30%. Pengguna Tonton yang berdaftar mendapat peluang untuk mengundi hingga 50 kali setiap minggu, manakala pelanggan TontonUp (dengan langganan pelan 1 bulan, 3 bulan, atau 12 bulan) menikmati tambahan 100 undian setiap minggu.
Penonton juga berpeluang mempengaruhi keputusan melalui undian atas talian. Jangan lepaskan peluang menggunakan kod promo FAMILIDUO2024 untuk mendapatkan undian tambahan. Langganan TontonUp menawarkan sehingga 150 undian setiap minggu, selain peluang memenangi dua unit Samsung Smart TV 65” setiap minggu dengan meneka Duo Terbaik Mingguan.
Gunakan hashtag rasmi #FamiliDuo dan #BerduoLebihBaik untuk menyertai perbualan hangat di media sosial. Jangan lupa untuk terus menyokong pasangan kegemaran anda dan ikuti perkembangan terkini melalui media sosial rasmi TV3 di Facebook, Instagram, Twitter, serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.