Peminat muzik bakal disajikan dengan malam penuh magis apabila Pamungkas, Bilal Indrajaya, dan Fugo disatukan dalam Panggung Purnama yang akan berlangsung pada 28 September 2025 di Zepp Kuala Lumpur.
Penganjur, UdaraLaskhar, terus mencuri perhatian selepas mengumumkan Pamungkas, penyanyi solo sensasi Indonesia yang popular dengan lagu To The Bone, serta Fugo, kugiran alternatif Malaysia yang sedang melonjak naik dengan lagu seperti As Long As We Stay dan Lagu Balada Kala Hujan sebagai barisan kedua dan ketiga konsert ini. Mereka akan bergabung dengan Bilal Indrajaya, artis pertama yang diumumkan.
Menurut wakil UdaraLaskhar, John Labu, ketiga-tiga pemuzik dipilih berdasarkan kesesuaian mereka dengan konsep unik Panggung Purnama yang menjanjikan pengalaman muzik yang lebih peribadi, hangat dan beremosi. “Kami yakin gabungan Pamungkas, Fugo dan Bilal Indrajaya mampu menyentuh jiwa penonton,” katanya.

Tiket konsert Panggung Purnama kini boleh didapati melalui www.ilassotickets.com dengan pilihan kategori berikut:
- Bintang – RM179
- Langit – RM199
- Awan – RM249
- Bumi – RM239
- Purnama (VIP) – RM399
Jangan lepaskan peluang menyaksikan kolaborasi eksklusif ini yang dijangka menjadi antara persembahan paling dinanti tahun ini. Panggung Purnama bersama Pamungkas, Bilal Indrajaya dan Fugo bakal menjadi momen tak terlupakan buat peminat muzik Nusantara. – Tehtariktimes