Nak Jumpa BCL? Ini Peluang Korang!

Bunga Citra Lestari (BCL) bakal menghangatkan pentas Malaysia menerusi konsert eksklusif BCL: Eternal Love – Timeless Romance yang akan berlangsung pada 27 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Dianjurkan oleh Pulse Project Asia, konsert ini akan membawa peminat menyusuri perjalanan seni BCL melalui lagu-lagu cinta abadi seperti Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah dan single terbaru Memulai Kembali, dalam suasana penuh emosi dan intim.

Pulse Project turut menjanjikan pengalaman produksi bertaraf antarabangsa untuk malam penuh romantika ini. Selain menyusuri perjalanan muzik BCL yang penuh makna, konsert ini juga menjadi hadiah istimewa buat peminat yang setia menyokong beliau di Malaysia. Tiket dijual bermula 6 Jun 2025 secara eksklusif di Ticket2U, dengan harga pre-sale RM259 dan harga normal RM288. Kuota Early Bird ditawarkan terhad untuk beberapa tempat duduk terpilih dengan potongan harga.

Tambahan istimewa, 300 pembeli tiket terawal berpeluang mendapat Pas Soundcheck Eksklusif, manakala pemegang Pakej Cinta Abadi akan menikmati sesi pertemuan peribadi bersama BCL, bergambar, serta menerima barangan eksklusif bertandatangan. Peminat dinasihatkan membeli tiket hanya melalui platform rasmi www.ticket2u.com.my bagi menjamin kesahihan dan akses penuh ke pengalaman eksklusif ini. Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada malam cinta yang takkan dilupakan bersama BCL. – Tehtariktimes