Tidak Mahu Menjadi Penyiasat Tetap di ICSYVM7?
Mari bersama menyiasat sambil berhibur dengan menonton I Can See Your Voice Malaysia musim ke-7 (ICSYVMY7) yang kali ini akan dikecohkan lagi dengan kehadiran tiga penyiasat jemputan! Penyiasat jemputan kali ini terdiri daripada penyanyi terkenal iaitu Sufian Suhaimi dan pelakon hebat tanah air iaitu Azhan Rani dan Noorkhiriah. Kerenah mereka bersama penyiasat tetap pastinya akan meriahkan lagi suasana hujung minggu anda. Namun, dengan ketiadaan Naim Daniel untuk membantu, adakah artis jemputan kali ini mampu membuat pilihan yang tepat? Adakah Naim Daniel tidak mahu lagi mejadi penyiasat tetap?

Jangan lepaskan peluang menonton ICSYVMY7 yang bersiaran setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3, atau strim dalam HD menerusi Tonton dan aplikasi Tonton di Google Play atau App Store. Kini tiba masanya untuk anda memulakan misi baharu bersama keluarga.
Episod lepas bertema seram sempena filem komedi seram ‘Saka Perawan’ arahan Dr. Ahmad Idham, tampak riuh dan meriah, namun Afieq Shazwan gagal memilih penyanyi sebenar akibat pendapat kucar-kacir panel penyiasat tetap dan jemputan, Nadia Brian dan Afifah Nasir.
Episod ketiga ICSYVMY7 akan menampilkan Amy Mastura sebagai artis jemputan, yang akan mendapatkan pandangan panel penyiasat bagi menyingkirkan penyamar bersuara sumbang. Dengan ketiadaan Naim Daniel dalam panel tetap, mampukah Amy Mastura memanfaatkan pengalamannya sebagai penyanyi untuk memilih penyanyi sebenar?

Mari menyiasat sambil berhibur bersama ICSYVMY7 setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV3. Penonton juga boleh strim dalam HD menerusi Tonton atau aplikasi Tonton di Google Play dan App Store. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY7 untuk perbualan di media sosial. Untuk info terkini, layari Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram TV3 di @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.
Untuk info terkini tentang program kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat