Mr. Helmet Dilancar, Tawar Inovasi Pembersihan Topi Keledar Berteknologi Tinggi

Majlis Pelancaran Mr. Helmet telah diadakan di Taman Rekreasi Kampung Tasek Tambahan dengan kehadiran hampir 500 buah motosikal. Mr. Helmet merupakan sebuah mesin teknologi automatik terkini yang dihasilkan oleh CleanXpert Sdn. Bhd., bertujuan untuk menyahbau, menghapuskan kuman serta bakteria, dan mengembalikan kesegaran kepada penunggang motosikal.

Pada majlis tersebut, YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menyarankan agar semua penunggang mematuhi peraturan jalan raya serta sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Beliau menyatakan bahawa kehadiran Mr. Helmet di pasaran diyakini mampu membuka peluang luas kepada individu yang ingin memulakan perniagaan digital yang mudah dan ringkas, sekali gus menjana pendapatan pasif setiap bulan dengan masa yang fleksibel dan tidak terikat. Beliau turut menyeru kepada mereka yang mempunyai modal dan berminat dalam bidang perniagaan agar menjadikan Mr. Helmet sebagai platform permulaan untuk berubah menjadi usahawan moden dalam era digitalisasi yang semakin canggih.

Selain itu, beliau menyatakan sokongan penuh kepada pihak CleanXpert Sdn. Bhd. dalam usaha memasarkan dan memperluaskan pasaran Mr. Helmet di Malaysia, khususnya di kawasan Ampang, bagi memastikan perkhidmatan ini mudah diakses oleh penduduk pada bila-bila masa.

Dalam majlis yang sama, satu Memorandum Persefahaman telah dimeterai antara CleanXpert Sdn. Bhd., Petronas Lubricant Marketing, serta rakan kerjasama dari Indonesia dan Vietnam. YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul turut berharap agar perjanjian tersebut dapat mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah YB Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Al-Hadad (Altimet), ADUN Lembah Jaya; YBhg. Tuan Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua MPAJ; serta YBrs. ACP Khairul Anuar bin Khalid, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Lisa di talian 011-7001 7505. Alamat pejabat adalah di B-18-02, G Vestor Tower, Pavillion Embassy, No. 20 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Emel boleh dihantar ke mrhelmet.general@outlook.com dan laman sesawang rasmi ialah http://mrhelmet.io. Terima kasih.