MR D.I.Y. Sambut Tahun Ular Dengan Kempen “Ular-lar” Penuh Kemeriahan

Peruncit pilihan rakyat Malaysia, MR D.I.Y., menyambut kedatangan Tahun Baru Cina dengan cara yang unik melalui kempen perayaan terbarunya bertemakan “Ular-lar” sempena Tahun Ular. Kempen ini menawarkan pelbagai produk menarik, promosi istimewa, serta sebuah filem web yang menyentuh hati, dibintangi oleh pelakon terkenal Hong Kong, Benz Hui.

Filem web berdurasi hampir lapan minit, bertajuk The Family Trial, mengisahkan sebuah konflik keluarga yang berlaku dalam suasana perbicaraan mahkamah yang unik. Kisahnya berkisar tentang seorang ayah dan anak yang berdepan perselisihan mengenai keputusan anaknya untuk pulang menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga. Dengan gabungan elemen humor dan detik-detik menyentuh hati, cerita ini mencapai kemuncaknya apabila anaknya mengetahui ayahnya menyembunyikan penyakit yang dihadapinya. Filem ini berakhir dengan makan malam keluarga yang merapatkan kembali hubungan mereka.

Pelancaran filem web ini mendapat sambutan luar biasa, mencatat lebih 11 juta tontonan di pelbagai platform seperti YouTube, TikTok, Facebook, dan Xiaohongshu hanya dalam beberapa hari.

Sebagai tambahan, MR D.I.Y. turut memperkenalkan video muzik bertemakan tarian Tahun Baru Cina yang bertajuk Ular-lar. Video ini mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai cabaran tarian kreatif di media sosial dengan peluang memenangi hadiah menarik. Semua orang boleh menikmati filem web dan video muzik ini di https://ularlar.mrdiy.com/.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata, “Tahun Baru Cina adalah masa untuk bersama keluarga, rakan, dan orang tersayang. Ia mencetuskan semangat keceriaan dan kebahagiaan – sangat oooh-la-la! MR D.I.Y. ingin membawa semangat itu ke setiap rumah di Malaysia melalui kempen bertemakan ‘Ular-lar’, yang merangkumi segala elemen yang menyeronokkan semasa perayaan – berkumpul dengan keluarga, menikmati makanan enak, dan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik. Dengan kehadiran bintang Hong Kong, Benz Hui, dalam filem Family Trial serta lagu dan tarian ‘Ular-lar’, kami ingin menjadikan sambutan ini lebih meriah.”

MR D.I.Y. turut memperkenalkan pelbagai aktiviti menarik di cawangan-cawangannya sempena perayaan ini. Peruncit ini terus menunaikan janji mereka untuk menawarkan harga rendah sepanjang masa dengan menyediakan lebih 100 barangan keperluan Tahun Baru Cina di cawangan terpilih di seluruh negara.

Selain itu, acara-acara menarik juga diadakan di lokasi utama seperti MR D.I.Y. PLUS di Mid Valley, Kuala Lumpur; IPC Shopping Centre, Selangor; dan Mid Valley Southkey, Johor Bahru. Peruncit ini juga menjalankan program kebajikan komuniti di rumah penjagaan sebagai usaha untuk menyemarakkan semangat Tahun Baru Cina.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Ular-lar” MR D.I.Y., layari laman web rasmi mereka di www.mrdiy.com, platform e-dagang di mrdiy.com.my, serta saluran media sosial MR D.I.Y. di Facebook, Instagram, dan TikTok.