Perjalanan Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kini memasuki minggu keempat! Dengan hanya tinggal tiga minggu sebelum pentas akhir yang dinanti-nantikan, persaingan semakin sengit dan penuh kejutan. Pastikan anda tidak terlepas untuk menyaksikan persembahan luar biasa yang dijanjikan setiap minggu!
Minggu ini, pentas CSOIAM bakal dihangatkan dengan persembahan pembukaan oleh Mimifly, penyanyi yang sedang trending dengan lagu hit terbaharunya, Angkat. Lagu ini sedang viral dan mendapat sambutan hangat di seluruh negara. Dikenali dengan vokalnya yang bertenaga dan penampilannya yang unik, Mimifly semakin menyerlah dalam industri muzik tempatan. Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan energetik beliau secara langsung!
Marygrace, pemenang gelaran Peserta Terpaling Fizz minggu lalu, bakal berkongsi pentas dengan legenda rock Malaysia, Datuk Ramli Sarip, dalam duet mengasyikkan. Mereka akan membawakan lagu ikonik Doa Buat Kekasih dan Nyanyian Serambi. Datuk Ramli Sarip, yang digelar Papa Rock Malaysia, terkenal dengan persembahan penuh emosi dan jiwa. Adakah Marygrace mampu memberikan impak besar di sisi beliau?

Panel juri tetap minggu ini terdiri daripada Cakra Khan, Dato’ Yusry, dan Ziana Zain, yang akan memberikan komen kritikal mereka. Lebih istimewa, Hael Husaini akan hadir sebagai juri jemputan. Tidak hanya menilai peserta, Hael turut membuat persembahan khas dengan dua lagu popularnya, Sama Seperti Dulu dan Haram.
Senarai Lagu Top 8 Peserta: Tema Sinergi Muzik
Tema minggu keempat, Sinergi Muzik, menampilkan gabungan lagu atau mashup yang menjanjikan kelainan. Berikut senarai lagu yang bakal dipersembahkan oleh peserta Top 8:
- Rezza Shah – Kembali Merindu & Seragam Hitam
- Mariam – Sutera & Gila
- Alya Mardien – Bukan Lagi Kita & Jangan Mati Rasa Itu
- Kai Deva – Jangan Khianati Aku & Relakan Jiwa
- Zazleen – Gelombang & Suatu Masa
- Marygrace ft. Datuk Ramli Sarip – Doa Buat Kekasih & Nyanyian Serambi
- Jimi – Senggol Senggolan & Drama King
- Eylia Guntabid – Peluang Kedua & Seandainya Masih Ada Cinta
Keputusan ditentukan melalui gabungan 60% markah juri profesional dan 40% undian penonton. Berikut tiga cara mudah untuk mengundi:
- Pengguna Baharu Tonton: Nikmati 10 undian percuma dengan pendaftaran.
- Pengguna Sedia Ada Tonton: Terima tambahan 10 undian percuma setiap minggu secara automatik.
- Pembelian Produk Calpis di Shopee: Tebus baucar eksklusif untuk 50 undian tambahan.

Dapatkan sorotan eksklusif di Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9:00 malam. Program ini membawa anda menyelami perjalanan penuh inspirasi peserta.
Saksikan konsert minggu keempat secara langsung pada Ahad, jam 9.00 malam di TV3 atau strim dalam HD di Tonton. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keajaiban pentas minggu keempat CSOIAM. Siapa bakal menyerlah dan mara ke peringkat seterusnya?