Kuala Lumpur, 4 Jun 2025 – Pembukaan Karnival Jom Heboh (KJH) 2025 di KL Base Kuala Lumpur mencatat sambutan luar biasa apabila lebih 280,000 pengunjung membanjiri lokasi sepanjang tiga hari penganjuran dari 30 Mei hingga 1 Jun.
Bertemakan Ejen Ali sebagai wajah utama, suasana karnival tampil segar dan interaktif dengan pelbagai reruai menarik meliputi hiburan, pendidikan, keusahawanan dan kerjaya.
Antara tarikan utama ialah Studio Tonton Drama Sangat (STDS) yang mencuri perhatian menerusi Pertandingan Mewarna dan Cosplay, dengan penyertaan lebih 200 kanak-kanak. Muhammad Aliff Zafran (11) dan Nurul Atiqah Ramli (37) dinobatkan sebagai pemenang cosplay bagi kategori kanak-kanak dan dewasa.
Keceriaan berganda dengan kehadiran maskot Ejen Ali & Alicia, serta barisan pelakon suara seperti Yatie Maslini, Shafiq Isa, Azman Zulkiply dan Qayyim Zamani, yang menceriakan peminat cilik dan keluarga.
Karnival turut diserikan selebriti dari drama TV3 seperti Nadiya Nisaa, Mawar Rashid, Shah Iskandar, Soffwany dan ramai lagi, bersama personaliti Media Prima yang memeriahkan suasana. Turut mencuri tumpuan ialah penampilan eksklusif Dato’ Sri Siti Nurhaliza di booth TikTok Shop dan Datuk Azizulhasni Awang di booth STDS.
Malam Konsert Jom Heboh pula berlangsung dua malam dengan kehadiran ribuan penonton. Persembahan oleh artis popular termasuk Ella, Ara Johari, Khai Bahar, Ayu Damit dan ramai lagi menjadikan KL Base bergetar dengan sorakan peminat. Tidak kurang menarik, aktiviti belon udara panas dan pameran kereta klasik hingga supercar memberi pengalaman luar biasa kepada pengunjung.

Terima kasih warga Kuala Lumpur! Karnival Jom Heboh akan seterusnya menjelajah ke selatan Johor, destinasi berikutnya! Layari www.jomheboh.com.my dan ikuti @jomhebohofficial untuk maklumat lanjut. Kongsikan detik anda dengan tanda pagar rasmi: #KarnivalJomHeboh #KJH – Tehtariktimes