Selepas mencetuskan gelombang kehangatan dengan dua siri konsert terdahulu, Melly Goeslaw kini kembali dengan malam puncak yang paling dinantikan! “Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite” bakal menghiasi pentas Axiata Arena pada 31 Mei 2025, jam 8.30 malam. Acara ini menjadi kemuncak kepada perjalanan muzik luar biasa penyanyi dan komposer genius ini, sekali gus melengkapkan trilogi konsert istimewa yang dimulakan sejak 2023.
Sambil mengusik hati peminat dengan pertanyaan, “Kalian rindu aku?”, Melly mengundang semua yang pernah menjadi sebahagian daripada “Back to School“ dan “Malam Graduasi” untuk kembali bersamanya dalam malam penuh nostalgia ini. “Prom Nite” bukan sekadar konsert, tetapi sebuah pesta perayaan megah yang menjanjikan detik indah yang tidak akan dilupakan.
Menurut penganjur, Icon Entertainment, konsert ini adalah manifestasi kesungguhan mereka dalam melengkapkan trilogi muzik Melly yang menghubungkan generasi peminat di seluruh Nusantara.

“Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite adalah penutup trilogi yang sempurna. Ia bukan hanya tentang Melly, tetapi tentang bagaimana karya-karya beliau telah menjadi sebahagian daripada kehidupan peminat, khususnya di Malaysia,” kata pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.
Tema kod pemakaian “Dress to Kill” bakal menjadikan malam tersebut lebih istimewa, menyeru peminat untuk hadir dengan busana paling memukau. Ia adalah malam untuk meraikan muzik dan gaya hidup dengan penuh glamor dan kemeriahan.
“Anggaplah ini sebagai malam pertemuan semula, mengimbau memori indah dua konsert terdahulu. Sarung pakaian terbaik kalian untuk tampil anggun dan bersedia mencipta kenangan baharu,” tambah Iman Tang.
Harga Tiket dan Cara Pembelian
Bagi memastikan anda menjadi sebahagian daripada pengalaman ini, tiket kini boleh didapati di www.ticket2u.com.my dengan kategori berikut:
- Prom Kayangan: RM 558
- Pesona Malam: RM 428
- Malam Dipagari Bintang: RM 328
- Gala Glamor (Standing): RM 258
- Magis Cahaya Bulan: RM 228
Pastikan anda segera mendapatkan tiket sebelum kehabisan kerana ini adalah malam eksklusif yang tidak akan diulang lagi!

Maklumat Konsert
- Acara: Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite
- Tarikh: 31 Mei 2025
- Masa: 8.30 malam
- Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur
- Penganjur: Icon Entertainment
Melly Goeslaw sendiri mengingatkan, “Malam ini adalah momen yang akan terus dikenang. Jangan sampai terlepas untuk berpesta dan bersama saya menikmati malam terindah ini.”
Bersiap sedialah untuk malam prom yang akan menghidupkan semula lagu-lagu penuh jiwa karya Melly yang telah menjadi sebahagian daripada hidup anda. Jadikan “Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite” malam anda. Let’s make it a night to remember!