Masuk Percuma! MALF 2025 Gegar Sepang!

Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia (MALF) 2025 bakal menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang pada 14 dan 15 Jun ini dengan gabungan kelajuan, budaya dan gaya hidup yang luar biasa. Kemasukan adalah percuma, menjadikan acara dua hari ini lebih mesra pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat. Berbeza dengan ekspo automotif biasa, MALF 2025 meraikan kepelbagaian budaya Malaysia melalui persembahan tarian tradisional termasuk etnik Borneo, pertunjukan budaya pelbagai kaum serta persembahan dram yang memukau.

Sorotan utama termasuk demonstrasi drift oleh pemandu lagenda, pameran kereta retro, perhimpunan kelab kereta terbesar dengan lebih 800 buah kereta, serta akses eksklusif ke kawasan pit. Festival ini turut menampilkan Auto Icons Show, Festival Motosikal dan Larian Kopi yang unik. Untuk pengunjung bersama keluarga, tersedia zon kanak-kanak, ruang eksklusif wanita dengan rawatan kuku dan urutan, serta bazaar makanan dan produk tempatan yang meriah.

MALF 2025 turut menarik penyertaan serantau dari Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai antara festival gaya hidup automotif paling dinamik di Asia Tenggara. Menurut penganjur utama, Malcolm Khoo yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KL Works, festival ini mencerminkan semangat Malaysia sebagai negara berbilang kaum yang sentiasa maju ke hadapan. Untuk info terkini dan sorotan menarik, ikuti @malfestivalmy di Instagram dan Facebook. Jun ini, bukan enjin sahaja dihidupkan semangat baharu juga dinyalakan! – Tehtariktimes