Ratu Borneo, Marsha Milan bakal mengadakan Misompuru: Borneo Album Listening Session pada Ahad, 13 Julai 2025, jam 4 – 6 petang di RXP, REX KL! Istilah Misompuru, berasal daripada bahasa Dusun yang bermaksud keramaian, diterjemah melalui acara istimewa ini yang menghimpunkan peminat dan media untuk menghayati warisan muzik Borneo dalam bentuk paling tulen dan berjiwa.
Album ini menyatukan nostalgia, cinta kampung halaman dan keunikan bunyi Sabah-Sarawak yang jarang diketengahkan dalam arus muzik tempatan. Antara lagu menarik termasuk Nalan Nalan, Lintah Darat, Hey Aramai Ti dan banyak lagi! Kemasukan adalah percuma namun tempat duduk terhad jadi daftar segera menerusi imbasan kod QR.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati persembahan langsung, tarian kebudayaan, makanan tradisional serta peluang memenangi kejutan eksklusif daripada Marsha Milan! Album Misompuru kini boleh distrim di semua platform digital utama. Untuk maklumat lanjut, ikuti @alternate.my_ (Instagram) atau @alternate.rt_ (TikTok). – Tehtariktimes