Drama fenomena Keluarga Itu kini mencuri perhatian ramai di TV3 dengan jalan cerita yang penuh emosi, menyentuh hati penonton. Untuk melengkapkan drama ini, lagu tema (OST) Tangisan Seorang Pendosa yang dinyanyikan oleh Marsha Milan hadir dengan penghayatan mendalam, menggambarkan perasaan watak Puteri Balqis dalam setiap detik perjuangannya.
Lagu ini dicipta oleh Marsha sendiri dengan lirik menyentuh hati daripada Hazama. Tangisan Seorang Pendosa membawa tema keinsafan dan pergolakan emosi yang kuat, seiring dengan perjalanan tragis watak Dhamiah yang dilakonkan oleh Puteri Balqis. Dalam drama ini, Dhamiah mengalami penderitaan akibat kekejaman bapanya, menjadikan kisahnya penuh luka dan begitu menyayat hati.
Kisah Di Sebalik Tangisan Seorang Pendosa
Menurut Hazama, lagu ini diinspirasikan daripada Keluarga Itu dan ditulis dari perspektif watak Puteri Balqis. Dia ingin menyampaikan perasaan Dhamiah yang berperang dengan penderitaan serta kesedihan yang mendalam. Sementara itu, Marsha Milan turut berkongsi bahawa melodi lagu ini dicipta dengan penuh perasaan bagi menggambarkan kedalaman jiwa watak tersebut. Baginya, lagu ini lebih daripada sekadar sebuah lagu biasa kerana ia merupakan luahan jiwa yang penuh makna.
Lirik Tangisan Seorang Pendosa mengisahkan tentang individu yang dihantui bayang-bayang masa lalu serta penyesalan yang mendalam. Walaupun berusaha untuk berubah, dia masih berasa terperangkap dalam kesedihan dan kekeliruan. Lagu ini turut menggambarkan konflik dalaman antara harapan dan kenyataan, di mana individu tersebut menyalahkan diri sendiri sebagai seorang pendosa yang hanyalah manusia biasa.
Bagi Marsha Milan, proses rakaman lagu ini bukan sesuatu yang mudah. Setiap emosi perlu disampaikan dengan tepat.
“Saya mengambil masa dua hari untuk merakam lagu ini bagi memastikan setiap perasaan benar-benar terasa,” katanya. Hazama pula memuji keupayaan Marsha dalam menyampaikan emosi melalui suaranya. “Kemampuannya membawa lagu ini ke tahap lebih mendalam memang tidak dapat dinafikan.”
Kolaborasi antara Marsha Milan dan Hazama dalam menghasilkan lagu ini jelas menunjukkan pemahaman mereka terhadap watak dan emosi yang ingin disampaikan. Dengan melodi balada yang menyentuh jiwa serta vokal penuh penghayatan daripada Marsha Milan, Tangisan Seorang Pendosa pasti menjadi OST yang mampu meninggalkan kesan mendalam di hati pendengar.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai emosi sebenar Keluarga Itu menerusi Tangisan Seorang Pendosa, yang kini boleh didengarkan di semua platform penstriman seperti Spotify dan YouTube Music. Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Muaz Zabir, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Melissa Campbell, dan Izara Aishah, serta disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam di TV3. Penonton juga boleh menontonnya 24 jam lebih awal melalui Tonton.
Untuk maklumat terkini mengenai Alternate Records & Talents, ikuti akaun rasmi mereka di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.