MALAYSIA REPROGRAPHIC RIGHTS CENTRE BERHAD (MARC) DEKLARASI SEBAGAI ORGANISASI PENGURUSAN KOLEKTIF MEWAKILI SASTERA, SENI, IMEJ DAN ILUSTRASI

 

MARC atau dikenali sebagai Reprographic Rights Centre Malaysia Berhad (MARC) hari ini diumumkan sebagai badan pengurusan kolektif yang diiktiraf kerajaan yang ditugaskan untuk mengutip royalti bagi pihak penulis, penerbit dan artis Malaysia dalam industri percetakan dan penerbitan.

MARC ialah pengurusan kolektif yang diisytihar oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang telah diberi kuasa mengutip royalty karya sastera, seni, imej dan ilustrasi serta mengeluarkan lesen penggunaan tersebut bagi pengguna di Malaysia.

MARC, menurut YB ‘Rosol Wahid, memantau penggunaan semula karya bercetak dan digital di seluruh negara, termasuk di sekolah, universiti, perpustakaan, dan pusat cetak, dengan kerjasama entiti kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). kemudian kutip royalti sebelum diagihkan kepada pemilik harta intelek.

Menurut YB Dato’ Rosol Wahid, MARC memantau penggunaan semula karya bercetak dan digital di seluruh negara termasuk di sekolah, universiti, perpustakaan dan pusat cetak dengan kerjasama entiti kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), dan kemudian mengutip royalti sebelum diagihkan kepada pemilik harta intelek.

 

Terdahulu, YB Dato’ Rosol Wahid mempengerusikan Seminar Kebangsaan bertajuk “Mengurus Hak Cipta dalam Pendidikan Malaysia” di sebuah hotel di bandar raya ini. Antara lain, seminar ini akan menghimpunkan mereka yang terlibat dalam pendidikan dan pengajian tinggi untuk membincangkan kepentingan hak harta intelek dalam industri imej dan percetakan (reprografi) Malaysia. Seminar ini juga merupakan medan dan peluang terbaik untuk para peserta mendapatkan maklumat tentang perkembangan terkini hak dan perkembangan reprografi antarabangsa di negara ini.

Penubuhan dan pemerbadanan MARC sebagai organisasi pengurusan kolektif akan memberi manfaat kepada ahlinya dalam pelbagai cara, termasuk mengurus hak royalti dan memastikan kebajikan mereka dalam industri percetakan dan penerbitan karya sastera, seni, imej dan ilustrasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *