Filem aksi adiwira pertama Malaysia yang paling hangat diperkatakan tahun ini, Keluang Man, kini rasmi ditayangkan di Astro First bermula hari ini, 10 Julai 2025. Penonton boleh menonton filem ini menerusi saluran 480, On Demand dan juga di platform penstriman sooka, sekaligus membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman sinematik di rumah.
Dengan hanya RM15, pelanggan Astro boleh menyaksikan Keluang Man secara berulang kali dalam tempoh 48 jam melalui Astro First dan sooka. Ini memberikan ruang buat penonton menikmati filem penuh aksi ini dengan suasana yang lebih selesa, sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Menariknya, pelancaran Keluang Man di Astro First turut disertakan dengan tawaran edisi eksklusif ‘Keluang Man – Koleksi Kita Enjoi!’ yang dijual pada harga istimewa RM49. Koleksi ini pasti menjadi buruan para peminat setia dan pengumpul memorabilia tempatan. Info lanjut boleh didapati melalui akaun media sosial rasmi Astro First.
Menurut Penerbit Eksekutif Keluang Man yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, penayangan di Astro First merupakan sebahagian daripada usaha untuk membawa adiwira tempatan ini lebih dekat dengan masyarakat. “Keluang Man adalah permulaan kepada sebuah perjalanan lebih besar. Kami mahu lebih ramai penonton menonton dan menyokong karya ini, terutamanya mereka yang tidak sempat ke pawagam,” jelas beliau.
Filem Keluang Man berkisar tentang Borhan, pesakit mental yang melarikan diri dari Hospital Tumpoi setiap malam. Dengan sejarah silam yang menghantuinya dan menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’, Borhan akhirnya mencipta identiti baharu sebagai Keluang Man dalam usahanya menuntut keadilan dan membalas dendam.
Diarahkan oleh Anwari Ashraf dan diterbitkan oleh Astro Shaw bersama GSC, Idea River Run, Pasal Productions serta rakan strategik Wonda Kopi, filem Keluang Man menghidupkan semula siri animasi popular era 1990-an yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Ia juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon dan ramai lagi.
Turut mencuri perhatian adalah kemunculan khas artis-artis popular seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Wahid dan Azlee Senario, Delimawati, A Galak, AG Hafiz dan ramai lagi yang menambahkan lagi warna kepada naratif penuh aksi ini.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan kebangkitan adiwira legenda ini. Tonton Keluang Man di Astro First dan sooka bermula hari ini. Untuk info lanjut dan cara pembelian, layari www.support.astro.com.my atau www.sooka.com.my/tab/movies. Ikuti juga perkembangan terbaru di Instagram, TikTok dan Facebook rasmi Astro First. – Tehtariktimes