Lebih Nipis dari Biskut! HONOR Magic V5 Bakal Gegar Pasaran Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2025 – Selepas mencuri tumpuan di media sosial, HONOR secara rasmi memperkenalkan HONOR Magic V5 sebagai telefon boleh lipat flagship paling nipis di dunia dengan hanya 8.8mm ketebalan bila dilipat, mengatasi rekod HONOR Magic V3 (9.2mm). Walaupun lebih nipis, peranti ini tetap mengekalkan prestasi mantap tanpa kompromi pada perkakasan mahupun fungsi.

Berita baik buat peminat di Malaysia, HONOR telah mengesahkan pelancaran HONOR Magic V5 di pasaran tempatan tidak lama lagi. Telefon ultra nipis ini sesuai buat pengguna yang inginkan gabungan reka bentuk elegan dengan keupayaan multitugas sesuai untuk gaya hidup moden dan profesional. Ketebalannya dikatakan setanding dengan syiling 50 sen atau biskut tempatan, menjadikannya mudah diselitkan dalam poket atau beg tanpa membebankan.

Di sebalik rekaan nipis, HONOR Magic V5 hadir dengan peningkatan kecekapan dan pengalaman multitugas yang lebih lancar. Ia menawarkan keselesaan seperti telefon bar biasa, namun dipadankan dengan kelebihan inovasi skrin boleh lipat terkini.

HONOR kini membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjadi antara yang pertama mencuba peranti ini menerusi Program Beta Experiencer. Pendaftaran kini dibuka melalui laman rasmi HONOR Malaysia dan peserta terpilih akan dihubungi oleh pihak HONOR sendiri. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, lawati laman rasmi HONOR Malaysia www.honor.com/my Daftar sekarang sebagai Beta Experiencer https://www.honor.com/my/shop/new-product-beta/Tehtariktimes