KUALA LUMPUR KECOH DENGAN KELUARGA RAFEAH!

Petaling Jaya, 28 November 2023 – Mahmood terpaksa meninggalkan kehidupan di bandar dan berpindah ke kampung untuk membuka perniagaan barunya. Lalu, dia menawarkan  kakaknya Rafeah(Liza Abdullah) untuk tinggal di rumahnya di KL. Mereka sekeluarga sangat teruja untuk tinggal di KL kerana selalu berangan ingin jadi orang KL. Adakah Rafeah sekeluarga berjaya menyesuaikan diri di KL?

 

Terbaharu di slot Lestary, drama berjudul Kami Orang KL bakal bersiaran untuk menghiburkan kaki-kaki drama bermula dari 30 November 2023, setiap Khamis hingga Sabtu pada jam 9.00 malam di TV3 dan juga strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

 

Kami Orang KL merupakan terbitan Rumah Karya Citra, di bawah arahan Nur Ain Sharif. Kami Orang KL akan bersiaran sebanyak 15 episod dengan menampilkan barisan pelakon popular tanah air. Antaranya, Andi Bernadee, Afifah Nasir, Ropie, Liza Abdullah, Amyza Aznan dan Razmansyah. 

 

Keluarga Rafeah yang tidak pernah menetap di KL sebelum ini menimbulkan kekecohan apabila Rafeah berlagak seperti orang kaya, manakala suaminya Hussein (Ropie), yang merupakan AJK (Ahli Jawatan Kuasa) surau di kampung, berlagak seperti pemimpin. Sifat Hussein yang suka menegur hampir semua penduduk kawasan perumahan tentang perkara yang tidak disukainya membuatkan penduduk sekitar kurang senang dengan perangainya terutama Cik Da (Amyza Aznan). 

 

Keriuhan berterusan apabila anak-anak Rafeah juga berangan untuk mencapai impian mereka apabila tiba di KL. Hassan (Razmansyah), anak lelaki kepada Rafeah, ingin menjadi penyanyi terkenal, manakala anak perempuanya pula, Kamsiah (Afifah Nasir) memasang impian untuk menjadi pempengaruh yang berjaya di media sosial. Tanpa diduga, Kamsiah semakin popular dan menerima banyak tawaran review produk sehingga membuatkan Hassan cemburu dengan kejayaan kakaknya itu. Apakah yang akan dilakukan Hassan untuk merealisasikan impiannya menjadi penyanyi terkenal? Adakah kehadiran Rafeah sekeluarga akan mengundang lebih ketidaksenangan kepada jiran tetangga?

Menurut kata pengarah, Nur Ain Sharif mengatakan bahawa drama genre komedi ini sarat dengan pengajaran dalam kehidupan berjiran, “KOKL (Kami Orang KL) adalah satu drama keluarga genre komedi yang akan memberikan banyak pengajaran dalam kehidupan berjiran. Pelbagai iktibar boleh diambil oleh penonton dalam KOKL kerana semuanya disampaikan berbentuk komedi, jadi ia bertambah mudah. Karakter setiap pelakon sangat berbeza kerana diwarnai dengan barisan pelakon dengan baik dan berjaya bagi saya. Harapan terbesar saya bagi KOKL ni adalah drama ini dapat diterima semua lapisan penonton.”

 

Nantikan Kami Orang KL yang dilakonkan oleh barisan pelakon popular tanah air ini menerusi slot Lestary dalam yang mula bersiaran pada 30 November 2023, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *