Konsert pembukaan Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) menjadi sebuah persembahan epik yang menyentuh hati peminat muzik seluruh negara. Persembahan bertenaga dari KRU sebagai penutup acara menghidupkan suasana dengan lagu-lagu ikonik seperti Voodoo, Terhangat Di Pasaran, dan Fanatik, yang tidak hanya membawa nostalgia tetapi juga memastikan penonton terus terpesona. KRU yang ditubuhkan pada 1992 membuktikan bahawa mereka tetap relevan dalam dunia muzik Malaysia dengan persembahan hebat yang diselitkan dengan koreografi mantap dan visual yang memukau.
Episod pertama CSOIAM memulakan perjalanan penuh kejutan apabila daripada 20 peserta yang terpilih, hanya 14 yang berjaya mara ke minggu kedua. Keenam-enam peserta yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal – Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther, dan Jill Gaisah – memberikan persembahan terbaik mereka dalam pertandingan yang sengit ini. Setiap peserta menampilkan vokal dan penghayatan yang luar biasa untuk merebut gelaran ‘satu dalam sejuta’.
Persembahan menarik yang dilangsungkan pada malam itu menarik perhatian ramai, hingga menjadikan #OIAM trending nombor satu di platform “X” dengan capaian lebih 700 juta, menjadikan CSOIAM bukan sekadar rancangan realiti, tetapi sebuah fenomena yang menyatukan peminat muzik tanah air. Program ini menunjukkan potensi besar dengan capaian yang luar biasa, mencerminkan pengaruhnya yang kuat di kalangan penonton. Bukan hanya jumlah tontonan yang tinggi, tetapi penonton juga semakin aktif berinteraksi, memberi impak mendalam kepada setiap persembahan.
Minggu depan, CSOIAM akan memasuki tema ‘Melodi Indah, Segar Membara’, di mana peserta Top 14 akan menyampaikan lagu-lagu hit dengan sentuhan baru yang pasti mencuri perhatian juri dan penonton. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kejutan dan momen mendebarkan ini setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV3, atau strim secara langsung di Tonton melalui laman web rasmi.
Penonton kini boleh turut serta dalam undian untuk memilih peserta kegemaran dan berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuk sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 setiap minggu. Anda juga boleh meningkatkan impak undian dengan mendaftar di Tonton untuk 10 undian percuma atau membeli Calpis di Shopee dan menebus baucar eksklusif untuk 50 undian tambahan.
Selain itu, jangan terlepas sorotan eksklusif di “Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal” yang akan disiarkan setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam mulai 26 Disember. Ikuti perkembangan terkini di semua platform media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan rasai kesegaran serta keunikan rasa Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat pilihan anda!