Konsert Simfoni Kuala Lumpur: Memukau di Bawah Arahan Datuk Mokhzani Ismail

Konsert “Search Symphonic Live In Kuala Lumpur” telah berlangsung dengan jayanya pada 21 September 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.Sebagai penganjur, Persatuan Rekreasi Global Malaysia menganggap kerjasama pertama mereka dengan kugiran terkenal Nusantara, Search, dalam konsert ini sebagai satu kejayaan penting yang diraih oleh mereka dan SEARCH.“Proses negosiasi ini tidaklah mudah, tetapi sebagai pemuzik profesional yang berpengalaman, Search bersetuju dengan konsep yang diusulkan. Ia bukan sekadar mengenai orkestra, tetapi juga sebagai sokongan kepada muzik tempatan,” kata Pengarah Program PRGM, Encik Mohd Roslan Mohd Rafi.

Kugiran SEARCH merasakan bahawa Search Symphony Live In Kuala Lumpur merupakan salah satu pengalaman terbaik bagi peminat mereka.“Walaupun lagu-lagu yang sama akan dipersembahkan, ia akan diolah semula dengan kerjasama pemain orkestra, menjadikan konsert ini yang terbaik daripada kami,” tambah Amy.Seramai 27 pemuzik orkestra dipimpin dengan cemerlang oleh Datuk Mokhzani Ismail sebagai konduktor, dengan Rie Tsuji sebagai pengarah dan penyusun muzik, serta Jenk Ali sebagai pemain dram.

Sebagai tanda keprihatinan, penganjur dan produksi telah memutuskan bahawa setiap tiket yang dijual pada harga RM10.00 akan disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia untuk membantu artis yang memerlukan, dengan jumlah sumbangan mencapai RM5000.Antara artis yang hadir untuk memberi sokongan adalah Kumpulan Wings, Spider, Exists, Sixth Sense, Shery Ibrahim, Neves Pretty Ugly, dan Ella.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *