Konsert Besar Menanti, MASDO Panaskan Malam 1 Julai!

Adakah anda sudah bersedia? Festival Muzik OOO 2025 bakal menggegarkan Heritage Valley, Kuala Lumpur pada 1 Julai ini! Dengan tiket berharga serendah RM50, OPPO bersama Warner Music Malaysia mengundang anda ke malam yang penuh muzik, gaya hidup dan teknologi dalam satu pengalaman luar biasa.

Barisan artis yang bakal menghangatkan pentas termasuklah MASDO, Noh Salleh, Bunga, Zynakal, TUJU, Iman Troye, Luqman Podolski, Priscilla Abby, Steadygang dan ramai lagi. Pelbagai genre daripada pop, hip-hop, rock hingga indie bakal bersatu dalam sebuah perayaan muzik yang meriah!

Menariknya, Festival Muzik OOO 2025 juga menjadi lokasi ‘panas badan’ buat MASDO, menjelang konsert berskala besar mereka pada 30 Ogos nanti. “Kami anggap ini pemanas enjin sebelum konsert besar sempena 10 tahun MASDO dalam industri. Nantikan pengumuman istimewa dari kami malam itu,” kongsi Ali, mewakili Ceri dan Mawi.

Bukan sekadar konsert, festival ini turut menyaksikan pelancaran rasmi siri baharu OPPO Reno, yang menggabungkan muzik dan teknologi dalam satu persembahan inovatif. Tambah meriah, terdapat juga booth interaktif, gerai makanan dan minuman, serta aktiviti menarik sepanjang acara dari jam 6 petang hingga 11:30 malam.

Lebih menarik, OPPO dan Proton e.MAS bakal memperkenalkan siri digital ‘Roda Karaoke’, menampilkan artis kegemaran anda dalam gaya carpool karaoke! Jangan lupa singgah ke booth Proton e.MAS untuk lihat lebih dekat kereta elektrik terkini mereka.

Dengan harga yang cukup berbaloi, RM50 sahaja, jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada malam penuh kehangatan ini bersama MASDO dan bintang-bintang tempatan. Tiket terhad dapatkan sekarang dan raikan muzik Malaysia dengan penuh gaya! – Tehtariktimes