KONSERT 2 DEKADE – KOTAK X ELLO – SATU MALAM DI KOTA KINABALU

Dua nama besar dari Indonesia, Kotak dan Ello, akan menggegarkan Kota Kinabalu, Sabah dengan konsert istimewa bertajuk KONSERT 2 DEKADE – KOTAK X ELLO – LIVE IN MALAYSIA. Konsert ini akan diadakan pada 14 Jun 2025, jam 8 malam di ITCC Ballroom, ITCC Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. Penganjuran konsert ini adalah hasil kerjasama antara NS Show Connects Sdn Bhd dengan sokongan daripada ITCC Penampang, yang bertujuan memperingati ulang tahun ke-20 penglibatan dua artis hebat ini dalam industri muzik.

Menurut Alfian Basir, wakil daripada NS Show Connects Sdn Bhd, konsert ini adalah satu acara khas yang menampilkan dua artis terkemuka dari Indonesia dan untuk menyambut ulang tahun ke-20 perjalanan muzik Kotak dan Ello. “Malaysia, khususnya Sabah, dipilih sebagai destinasi tunggal di luar Indonesia untuk acara istimewa ini, dan Kota Kinabalu diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah,” ujar Alfian. Tantri, mewakili kumpulan Kotak pula berkata, “Kami tidak sabar untuk bertemu mata dengan peminat di Sabah, dan kami amat menyambut baik penganjuran konsert yang menggabungkan Kotak dan Ello dalam satu pentas.”

Kotak merupakan kumpulan muzik rock terkenal yang terdiri daripada Tantri, Chua, dan Cella, dan telah menghasilkan banyak album sepanjang 20 tahun perjalanan mereka. Mereka juga telah memenangi pelbagai anugerah muzik di Indonesia dan peringkat antarabangsa. Marcello Tahitoe, atau lebih dikenali sebagai Ello, pula merupakan seorang penyanyi berbakat yang telah menghasilkan beberapa album sepanjang dua dekad kariernya. Selain itu, Ello kini juga merupakan vokalis utama bagi kumpulan rock legenda, Dewa 19.

Jualan tiket untuk konsert ini akan bermula pada hari Jumaat, 11 April 2025, jam 11 pagi di laman web Ticket2U (www.ticket2u.com.my).

Maklumat konsert adalah seperti berikut: Nama konsert ini adalah KONSERT 2 DEKADE – KOTAK X ELLO – LIVE IN MALAYSIA dan akan berlangsung di ITCC BALLROOM, ITCC PENAMPANG, KOTA KINABALU, SABAH pada Sabtu, 14 Jun 2025, pada jam 8 malam. Konsert ini dianjurkan oleh NS Show Connects Sdn Bhd dengan kerjasama ITCC Penampang. Tiket untuk konsert ini termasuk kategori VIP A – Masih Ada (Numbered Seat) dan VIP B – Semangat Baru (Numbered Seat) yang masing-masing berharga RM289, ROCK ZONE – Beraksi (Standing) dengan harga RM189, dan GENERAL STANDING – Masih Cinta yang berharga RM139. Terdapat juga tiket VIP Meet & Greet (Tambahan dengan pembelian tiket) dengan harga RM99.