Kai Deva, Rezza & Zazzleen Diramal Berdepan Cabaran Sengit di Minggu Keempat OIAM!

Minggu ketiga Calpis Soda One In A Million (OIAM) menyajikan cabaran besar buat peserta apabila mereka diberikan lagu yang jauh berbeza daripada kepakaran masing-masing. Menurut guru vokal, Sarah Ismail, kebanyakan peserta merupakan penyanyi ballad berbakat, tetapi kali ini mereka perlu membawa lagu berirama catchy dan pantas, yang jelas bukan kekuatan mereka. “Mereka telah berusaha keras, tetapi persembahan langsung tetap mendedahkan kelemahan mereka,” kata Sarah dengan jujur.

Sarah turut mengingatkan orang ramai untuk tidak meletakkan ekspektasi terlalu tinggi terhadap peserta. “Mereka masih baharu. Selain menyanyi, mereka juga perlu menguasai aspek persembahan lain seperti menari. Saya bertanggungjawab mendidik mereka sebaik mungkin,” tambahnya.

Drama turut tercetus apabila Sarah menegur Rezza Shah secara tegas. “Semasa top 20, kami berjuang untuk awak, tapi sekarang nampaknya usaha itu tidak dihargai,” ujar Sarah. Teguran ini berikutan isu disiplin apabila Rezza lambat hadir, tidak mengikuti sesi pemanasan badan, dan gagal membawa keperluan kelas. Namun, Rezza berjaya menunjukkan peningkatan ketara selepas ditegur. “Kadang-kadang saya perlu tegas untuk menyedarkan mereka. Disiplin adalah kunci untuk menjadi ‘One in a Million,’” jelas Sarah lagi.

Selain cabaran, minggu ini juga menyaksikan pujian dari juri profesional. Sarah memuji Mariam dan Marygrace sebagai peserta paling konsisten, dengan Mariam digelar ‘intellectual singer’ oleh Ernie kerana sering membawa kelainan dalam setiap persembahan. Komentar juri turut memberikan pandangan baharu untuk Sarah dalam membimbing peserta. “Komen juri membuka perspektif baharu yang tidak sempat saya sentuh semasa latihan,” katanya.

Minggu keempat menjanjikan cabaran yang lebih besar dengan tema Sinergi Muzik, yang memerlukan peserta menyampaikan lagu gabungan dengan harmoni dan keserasian. “Lagu gabungan ini memerlukan pemahaman mendalam tentang struktur muzik. Ia bukan tugas mudah,” kata Sarah. Peserta seperti Kai Deva, Rezza, dan Zazzleen dijangka menghadapi kesukaran untuk mengekalkan keserasian dalam tugasan ini.

Dengan hanya tinggal lapan peserta, persaingan semakin sengit. Saksikan persembahan hebat dari Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi, dan Eylia Guntabid yang akan berentap untuk mara ke pusingan seterusnya. Jangan lupa, 40% markah adalah hasil undian penonton, sementara 60% lagi ditentukan oleh juri profesional.

Calpis Soda One In A Million bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV3, atau strim dalam HD di Tonton. Undian anda bukan sahaja menyokong peserta kegemaran, malah memberi peluang untuk memenangi hadiah istimewa berupa PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000!

Jangan ketinggalan mengikuti sorotan eksklusif di Fizz Journal yang disiarkan setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Untuk kemas kini terkini, ikuti media sosial rasmi @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama mencipta fenomena luar biasa ini.