KUALA LUMPUR, 30 Mei 2025 – Siri HONOR 400 yang dinanti-nantikan kini mula dijual secara rasmi di seluruh Malaysia hari ini. Berjaya mencatat rekod pratempahan terbaik, model terbaru ini mempamerkan kehebatan Kamera Utama Super Sensing 200MP dan teknologi AI Imaging generasi baharu yang memukau. Populariti luar biasa ini menandakan sokongan padu pengguna Malaysia terhadap inovasi teknologi pengimejan bertaraf flagship yang ditawarkan oleh Siri HONOR 400.
HONOR 400 Pro (24GB + 512GB) dijual pada harga RM2,699 dan didatangkan dengan HONOR Choice Watch 2i serta jaminan lanjutan satu tahun bernilai RM598. Manakala model HONOR 400 bermula pada harga RM1,899 dengan hadiah seperti HONOR Choice Earbuds X7e dan jaminan lanjutan. Pembeli varian 256GB juga layak menerima naik taraf storan ke 512GB secara percuma, serta jam kecergasan HONOR Band 10 untuk pembelian melalui kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada, atau TikTok Shop, tertakluk pada stok.
Jerayawara Siri HONOR 400 akan berlangsung di tiga lokasi utama iaitu IOI City Mall, Putrajaya (4–8 Jun), AEON Tebrau City, Johor Bahru (1–6 Julai) dan Queensbay Mall, Pulau Pinang (16–20 Julai). Pengunjung berpeluang mengalami sendiri kecanggihan telefon pintar ini, terutamanya teknologi AI Image to Video yang membolehkan pengguna menghidupkan kembali gambar kenangan lama menjadi video berdurasi 5 saat. Pendaftaran untuk menyertai aktiviti Time Machine Studio dan Next-Gen AI Imaging Experience boleh dibuat melalui pautan rasmi, dan tempat adalah terhad mengikut siapa cepat dia dapat.

Selain itu, pembelian mana-mana peranti HONOR bernilai RM1,000 ke atas membolehkan pengguna menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik bernilai keseluruhan RM75,000, termasuk robot pembersih HONOR Choice Robot Cleaner R2, earbuds premium, dan beg pakaian kabin.
Siri HONOR 400 juga menawarkan prestasi tinggi dengan bateri silikon-karbon 6,000mAh, pengecasan pantas 80W atau 100W, serta paparan AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Kamera utama 200MP dengan OIS dan EIS serta kamera telefoto 50MP (model Pro) menyajikan pengalaman fotografi bertaraf flagship yang cemerlang. Dengan reka bentuk tahan lasak dan penarafan IP65 hingga IP69, telefon pintar ini sesuai untuk penggunaan harian dan pelbagai aktiviti luar.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi HONOR di www.honor.com/my/. – Tehtariktimes