Jom Jadi Tetamu Diraja di MANJA Land! MR.DIY PLUS Sediakan Layanan Paling Manja di Mid Valley

Peruncit kelengkapan rumah kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y. [M] Berhad sekali lagi mencuri perhatian dengan inisiatif terbaharu mereka yang dinamakan “Minta Maaf, MR D.I.Y. Terlalu Memanjakan Anda”. Kempen unik ini merupakan bentuk “permohonan maaf” berunsur jenaka yang bertujuan menghargai sokongan berterusan pelanggan setia di seluruh negara. Ia bukan sekadar sebuah promosi, tetapi satu pengalaman eksklusif yang diraikan dengan penuh mesra menggabungkan suasana santai, aktiviti menyeronokkan dan elemen kejutan yang melangkaui tawaran “Always Low Prices” yang begitu sinonim dengan jenama ini.

Bermula 9 hingga 11 Mei 2025, MR D.I.Y. membawakan pengalaman MANJA Land secara eksklusif di MR D.I.Y. PLUS, Mid Valley Megamall. Sepanjang tempoh ini, ruang beli-belah yang biasanya sibuk dan penuh dengan deretan produk keperluan ditukar menjadi sebuah oasis menenangkan yang direka untuk memanjakan para pengunjung. Pelanggan yang hadir bukan sahaja dapat membeli-belah, malah boleh menikmati pelbagai sesi memanjakan diri termasuk perkhidmatan rias kuku, urutan tangan dan bahu, serta rehat di Manja Lounge yang menyajikan kopi barista dan bertih jagung. Untuk mereka yang gemar mencuba aktiviti kreatif, bengkel interaktif di Manja Lab seperti Analisis Warna Peribadi, Pembuatan Minyak Wangi dan Gubahan Bunga pasti mengujakan.

MR D.I.Y. juga tidak melupakan si kecil. Di zon khas Lil’ Manja, kanak-kanak dapat menikmati permainan slime serta spa kanak-kanak dalam suasana selamat dan menyeronokkan. Sementara itu, Interactive Corner menawarkan pelbagai permainan menarik, termasuk roda hadiah dan permainan memori yang sesuai untuk seisi keluarga. Untuk menikmati semua ini, pelanggan hanya perlu mengunjungi Kaunter Penebusan MANJA, mengumpul token melalui pembelian atau penyertaan aktiviti media sosial, dan menebus hadiah serta akses ke pelbagai zon menarik.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Di MR D.I.Y., kami sentiasa mencari cara baharu untuk menghargai pelanggan kami. Inisiatif ini bukan sahaja meraikan kesetiaan mereka, tetapi juga mempertingkatkan pengalaman membeli-belah secara keseluruhan. Kami mahu mereka rasa dihargai, bergembira dan pulang dengan senyuman itu adalah matlamat utama MANJA Land.”

Untuk maklumat lanjut mengenai “Minta Maaf, MR D.I.Y. Terlalu Memanjakan Anda” dan pengalaman MANJA Land, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di mrdiy.com atau mrdiy.com.my, serta mengikuti MR D.I.Y. di Facebook, Instagram dan TikTok bagi mendapatkan kemas kini terkini.