Jom Heboh 2025 Gegar KL – Ejen Ali Turun Padang!

jom heboh 2025 jom heboh 2025

Karnival Jom Heboh (KJH) 2025 kembali dari 30 Mei hingga 1 Jun di lokasi baharu, KL Base, Kuala Lumpur, sempena cuti sekolah. Sebagai acara padang paling lama di Malaysia, KJH tampil dengan skala lebih besar, lebih 150 jenama, dan pelbagai aktiviti mesra keluarga seperti pesta makanan, reruai interaktif, sesi ramah mesra dan dua malam konsert.

Tema tahun ini menampilkan Ejen Ali sempena filem Ejen Ali The Movie 2, dengan kehadiran maskot dan pelakon suara. Pengunjung boleh sertai zumba bersama maskot, pertandingan mewarna, board game M.A.T.A Academy dan cosplay. Gimik Flag-Off Supercar juga dilancarkan dengan kereta mewah yang akan dipamer sepanjang karnival.

Antara selebriti yang bakal membuat kemunculan termasuk Shaza Bae, Fahrin Ahmad, Fedtri Yahya, Dayah Bakar dan ramai lagi. Konsert malam pula menampilkan artis seperti Shiha Zikir, Aisha Retno, Khai Bahar, Sofia Liana, Ara Johari dan Ella.

Reruai interaktif turut menawarkan pengalaman menarik seperti NSTP Car Sim, Jom E-Sport Championship, Jom Lokal Jam, servis motosikal percuma, pemeriksaan gigi percuma dan zon permainan kanak-kanak Soopa Doopa. Pengunjung juga berpeluang menaiki belon udara panas dan melihat panorama empat menara tertinggi Malaysia.

Jangan lepaskan peluang ini bawa keluarga ke KL Base hujung minggu ini dan sertai kemeriahan Jom Heboh! Kongsikan pengalaman anda dengan tanda pagar #KarnivalJomHeboh dan #KJH. Info lanjut di www.jomheboh.com.my dan @jomhebohofficial.