JB Jadi Tumpuan! Karnival Jom Heboh Tarik Ratusan Ribu Pengunjung

Hampir 400,000 pengunjung membanjiri Karnival Jom Heboh (KJH) edisi Johor sempena Hari Nanas Malaysia 2025 yang berlangsung dari 27 hingga 29 Jun di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall. Acara mega anjuran Media Prima Berhad bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) ini menyaksikan pelbagai aktiviti interaktif, pameran, konsert dan program kerohanian sempena sambutan Awal Muharram. Julung kalinya diraikan secara besar-besaran, Hari Nanas Malaysia dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. Karnival ini turut mencatat sejarah apabila 32,040 tart nanas berjaya dihasilkan serentak dan diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai “Most Pineapple Tarts Baked in an Event”. Tart ini diagihkan secara percuma kepada pengunjung, sekali gus menyemarakkan sambutan.

Antara aktiviti lain termasuk pertandingan tart nanas, konvoi supercar dan Harley Davidson, pertandingan sukan (PUBG Mobile, bowling, badminton, bola sepak), zapin kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma, aktiviti TVET, serta persembahan konsert dua malam berturut-turut yang menampilkan artis popular seperti Jaclyn Victor, Tuju & Loca B, Drama Band, Nabila Razali dan ramai lagi. Turut menarik perhatian ialah reruai Studio Tonton Drama Sangat dengan kehadiran selebriti seperti Faizal Hussein, Aleza Shadan dan Liza Abdullah, serta booth mesra keluarga seperti ‘Gunung Nanas’ dan dekorasi nanas unik. Lebih 170 booth pameran termasuk jenama besar dan usahawan PKS turut menyertai.

Acara rohani Jom Selawat berjaya menarik hampir 1,000 pengunjung, disampaikan oleh Ustaz Jazlan Abdullah dan Ustaz Esby Islami, memberi keseimbangan antara hiburan dan pengisian jiwa. Kehadiran pengunjung dari Singapura dan Indonesia membuktikan sambutan luar biasa KJH merentas sempadan. Untuk info lanjut, layari www.jomheboh.com.my dan ikuti @jomhebohofficial di Facebook dan Instagram. Jangan lupa gunakan tanda pagar rasmi #KarnivalJomHeboh #KJH #HariNanasMalaysia dan nantikan lokasi KJH seterusnya! – Tehtariktimes