iQIYI International, platform penstriman terkemuka di Asia, secara rasmi mengumumkan bahawa iQIYI Starship 2026 akan memulakan persinggahan pertamanya di Malaysia pada 7 April 2026. Pada tarikh tersebut, Duta Global Antarabangsa iQIYI, Esther Yu (虞书欣), akan membuat penampilan khas di Zepp Kuala Lumpur dan bertemu peminat di Malaysia buat kali pertama.
Berikutan sambutan yang amat menggalakkan terhadap pelbagai pengaktifan iQIYI Starship di seluruh Asia Tenggara tahun lalu, Malaysia dipilih sebagai persinggahan pertama bagi jelajah 2026. Pemilihan ini mencerminkan komitmen berterusan iQIYI untuk memperkukuh kehadiran serta memperdalam hubungan dengan penonton di pasaran Malaysia.
Esther Yu telah dilantik secara rasmi sebagai Duta Global Antarabangsa iQIYI pada November tahun lalu. Antara karya popular lakonannya termasuk Love Between Fairy and Devil (2022), My Journey to You (2023) dan Sword and Fairy (2024), yang boleh ditonton di iQIYI International. Semasa acara tersebut, beliau juga akan memberi respons terhadap sokongan padu penonton Malaysia terhadap drama asal iQIYI, Speed and Love (双轨), yang dibintanginya, selain berkongsi kisah di sebalik tabir serta pandangan tentang watak yang dibawakan.

Speed and Love merupakan drama C original iQIYI yang berlatarbelakangkan dunia perlumbaan kompetitif. Siri ini menggabungkan tema pertumbuhan peribadi, penemuan diri serta ketegangan emosi yang mendalam. Sejak dilancarkan, drama ini telah mencetuskan perbincangan hangat di seluruh Asia Tenggara dan muncul sebagai salah satu judul drama C yang paling banyak diperkatakan di rantau ini.
Bagi acara iQIYI Starship 2026 di Malaysia, peluang penyertaan akan diutamakan kepada ahli VIP Tahunan Antarabangsa iQIYI Malaysia. Butiran lanjut mengenai mekanik penyertaan serta perkembangan terkini berkaitan acara ini akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi iQIYI Malaysia.
Acara iQIYI Starship 2026 Malaysia dijadualkan berlangsung pada Selasa, 7 April 2026, bermula jam 7.30 malam di Zepp Kuala Lumpur. Pendaftaran media akan dibuka dari jam 7.00 hingga 7.30 malam, dengan Esther Yu hadir sebagai tetamu khas.
Untuk maklumat terkini mengenai acara ini, orang ramai boleh mengikuti saluran rasmi iQIYI Malaysia di Instagram, TikTok dan Facebook. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Ang Siang Wei di talian +6016 219 0343 atau melalui emel siangwei@sw-comms.co, serta Vicky Wong di talian +6016 200 2336 atau emel vickywong@sw-comms.co.