HONOR secara rasmi memperkenalkan telefon pintar terbaharunya, HONOR X9d 5G, yang dijual pada harga bermula RM1,499, mengekalkan tanda harga sama seperti model sebelumnya. Dilengkapi Ketahanan Tiga Lapisan Inovatif serta 10 peningkatan utama, peranti ini menampilkan prestasi lebih kukuh dalam aspek ketahanan, jangka hayat bateri, paparan, cipset, audio dan rangkaian sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam kelasnya.
Sempena tempoh pra-tempahan sehingga 9 Oktober 2025, pelanggan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,146 termasuk sebuah HONOR Pad X7 dan tiga polisi perlindungan eksklusif: Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, serta Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair. Tawaran ini tersedia di HONOR Experience Store, laman sesawang rasmi HONOR Malaysia, serta platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok, selain melalui pengedar sah termasuk Seng Heng, SenQ, Urban Republic dan Harvey Norman.

HONOR X9d 5G membawa peningkatan besar dari segi ketahanan dengan kaca Corning® Gorilla® Glass Victus® 2, reka bentuk paparan rata, serta lapisan bendalir aeroangkasa bukan-Newtonian yang mengeras ketika hentakan, memberi penyerapan kejutan sehingga 300% lebih baik. Ia turut dilindungi dengan kerangka penyerapan 6 lapisan berinspirasikan teknologi kalis peluru, menjadikan ketahanan keseluruhan meningkat 112%. Tambahan pula, peranti ini menerima penarafan IP69K pertama dalam siri HONOR X – yang memastikan ia tahan air dan debu pada tahap ekstrem.
Dari aspek prestasi, HONOR X9d 5G hadir dengan bateri 8300mAh, membolehkan penggunaan sehingga tiga hari penuh dengan sekali cas, disokong pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge dan pengecasan berbalik 7.5W. Ia dipacu cipset Snapdragon 6 Gen 4 bersama Lightweight OS Engine untuk kelancaran sehingga enam tahun. Selain itu, sistem penyejukan HONOR VC Ice Cooling System memastikan peranti kekal stabil walaupun digunakan secara intensif.
Bagi pengalaman visual dan fotografi, peranti ini dilengkapi paparan OLED 6.79 inci 1.5K dengan kecerahan puncak 6,000 nits serta pemalapan 3,840Hz. Ia turut menampilkan kamera utama Ultra-Sensing 108MP dengan penstabilan OIS + EIS serta sokongan pelbagai alat pengimejan AI seperti AI Eraser, AI Cutout dan AI Remove Reflection. Dari segi audio, sistem dwi pembesar suara bass baharu memberikan peningkatan volum sehingga 400% berbanding generasi terdahulu.
HONOR X9d 5G ditawarkan dalam dua varian RAM 24GB (termasuk Turbo RAM 12GB) + storan 256GB pada RM1,499, dan storan 512GB pada RM1,699. Empat pilihan warna turut tersedia iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, dan Midnight Black, dengan jualan rasmi bermula 10 Oktober 2025 di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9d 5G, layari laman rasmi www.honor.com/my.