HONOR X9d 5G Rasmi Dijual Esok – Sertai Jerayawara Eksklusif di IOI Mall Puchong!

Selepas kejayaan fasa pra-tempahan, telefon pintar pilihan utama rakyat Malaysia, HONOR X9d 5G, bakal mula dijual secara rasmi di seluruh negara bermula 10 Oktober 2025. Pelanggan yang terlepas peluang pra-tempahan kini boleh mendapatkan peranti berteknologi tinggi ini di HONOR Experience Store berhampiran atau secara dalam talian. Sebagai tawaran eksklusif, pembelian HONOR X9d 5G hadir bersama set hadiah percuma bernilai RM946, termasuk jam pintar HONOR Watch 2i, Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun serta Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun. Tawaran ini terhad dan berdasarkan prinsip ‘siapa cepat, dia dapat’, menjadikannya peluang yang tidak boleh dilepaskan.

HONOR X9d 5G hadir dalam dua pilihan storan iaitu 256GB berharga RM1,499 dan 512GB pada harga RM1,699, dengan RAM 24GB (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB). Peranti ini tampil elegan dengan empat pilihan warna premium Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black. Ia boleh didapati di kedai fizikal HONOR, kedai dalam talian rasmi, serta platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan TikTok. Pengedar sah seperti Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic turut menawarkan jualan model ini, memastikan akses mudah di seluruh negara.

Sebagai tanda penghargaan kepada wira negara, HONOR memperkenalkan diskaun khas 15% untuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang membeli HONOR X9d 5G bermula 10 Oktober. Tawaran istimewa ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan dedikasi anggota bomba kepada masyarakat. Untuk menikmati diskaun ini, anggota bomba hanya perlu mendaftar melalui laman sesawang HONOR menggunakan e-mel rasmi jabatan.

Bagi meraikan pelancaran rasmi, HONOR menganjurkan jerayawara eksklusif di IOI Mall Puchong dari 8 hingga 12 Oktober. Acara ini menarik ramai pengunjung yang berpeluang mencuba sendiri ketahanan luar biasa peranti melalui Cabaran Skrin, Cabaran Penyingkiran Air dan Habuk, serta Cabaran Pengecasan Berbalik. Ujian secara langsung ini membuktikan kekuatan paparan terhadap hentakan, keupayaan kalis air dan habuk, serta ketahanan bateri 8,300mAh yang mampu menyalakan lampu LED tanpa masalah kuasa.

Menambah keterujaan, pelanggan yang berbelanja RM1,000 ke atas dalam satu resit berpeluang menyertai cabutan bertuah bernilai lebih RM95,000, dengan pembeli HONOR X9d 5G menerima dua penyertaan. Hadiah termasuk HONOR Pad 10 5G, HONOR CHOICE Robot Cleaner R2 dan barangan eksklusif HONOR lain. Jerayawara ini turut menawarkan diskaun sehingga RM900 untuk model Siri HONOR 400 dan HONOR Magic7 Pro, serta hadiah tambahan bagi setiap pembelian sepanjang acara. Selepas IOI Mall Puchong, HONOR X9d 5G akan meneruskan siri jerayawara ke Paradigm Mall Johor Bahru dari 20 hingga 26 Oktober. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HONOR Malaysia atau ikuti Facebook HONOR Malaysia.