HONOR X9 Dinobat Sebagai Siri Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris ASEAN!

HONOR sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam dunia teknologi apabila Siri HONOR X9 menerima pengiktirafan berprestij sebagai ‘Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris’ daripada ASEAN Records. Penghargaan ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap prestasi jualan luar biasa model HONOR X9a, X9b dan X9c yang terus menguasai pasaran telefon pintar kelas pertengahan di Malaysia.

ASEAN Records, sebuah organisasi yang terkenal dalam meraikan pencapaian cemerlang di Asia Tenggara, menilai Siri HONOR X9 sebagai antara produk paling berpengaruh dan berjaya dalam segmennya. Pengiktirafan ini bukan sahaja membuktikan populariti siri tersebut di pasaran tempatan, malah memperkukuh reputasi HONOR sebagai jenama teknologi yang komited terhadap inovasi dan kecemerlangan.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan ASEAN Records, Gillian Ooi dan Eldrick Koh, kepada Tan Pei Ling, Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia. Majlis penyampaian diadakan di Jerayawara HONOR X9d 5G di IOI Mall Puchong, sekaligus menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan kejayaan HONOR di rantau ini.

Sejak pelancarannya pada tahun 2022, Siri HONOR X9 telah membuktikan daya tarikan luar biasa melalui prestasi jualan yang kukuh di pelbagai saluran runcit dan dalam talian. Reka bentuk tahan lasak, prestasi mantap serta ketahanan tinggi menjadikan siri ini pilihan utama pengguna Malaysia. Lonjakan bahagian pasaran daripada 33% pada 2023 kepada 56% pada 2025 jelas menunjukkan dominasi siri ini di mana kini, satu daripada setiap dua telefon pintar kelas pertengahan yang dijual di Malaysia adalah model HONOR X9.

Kejayaan tersebut turut diperkukuh dengan pelancaran HONOR X9d 5G, model terbaharu dalam siri ini, yang mencatat kejutan apabila habis dijual semasa tempoh pra-tempahan. Jualannya mengatasi rekod model terdahulu, HONOR X9c, menandakan permintaan tinggi dan kepercayaan kukuh pengguna terhadap jenama HONOR.

HONOR X9d 5G kini boleh didapati di seluruh negara, hadir dengan dua pilihan storan RAM 24GB (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) + 256GB pada harga RM1,499, dan 512GB pada harga RM1,699. Pembeli turut menikmati hadiah eksklusif bernilai RM946, termasuk HONOR Watch 2i, perlindungan retak depan dan belakang selama 365 hari, jaminan lanjutan 1 tahun, serta perlindungan kerosakan cecair 1 tahun.

Sebagai peneraju global dalam ekosistem peranti AI, HONOR terus berusaha merevolusikan interaksi manusia dan teknologi. Dengan portfolio produk yang luas meliputi telefon pintar, komputer, tablet dan peranti boleh pakai, HONOR bertekad memperkasakan kehidupan pengguna melalui inovasi, keterhubungan pintar dan pengalaman teknologi yang lebih baik untuk semua.