HONOR memperkenalkan telefon pintar terbaharu dalam Siri X mereka, HONOR X6c, yang ditawarkan pada harga mampu milik RM599. Direka khas untuk memenuhi keperluan warga emas, remaja dan kanak-kanak, HONOR X6c tampil dengan keupayaan AI pintar, ketahanan lasak, jangka hayat bateri panjang dan prestasi lancar.
HONOR X6c hadir dengan Butang AI khusus di sisi telefon untuk akses pantas ke aplikasi kegemaran seperti WhatsApp, TikTok dan Google Lens memudahkan komunikasi serta tugasan harian. Ciri AI ini turut menyokong terjemahan masa nyata, pencarian info melalui kamera dan mod bantuan kerja sekolah untuk pelajar.
Dalam aspek fotografi, ia menampilkan AI Eraser untuk membuang objek tidak diingini, AI Outpainting untuk perluasan latar belakang secara semula jadi, serta AI Beauty untuk wajah lebih menawan sesuai untuk perkongsian foto keluarga atau media sosial.

Dilengkapi bateri 5300mAh, HONOR X6c menyokong penggunaan seharian termasuk pelayaran web sehingga 21 jam atau tontonan video melebihi 21 jam. Ia turut menyokong pengecasan pantas 35W HONOR SuperCharge, mencapai 18% dalam hanya 10 minit dan kekal bertahan walaupun bateri rendah.
Dengan RAM sehingga 16GB (8GB fizikal + 8GB HONOR RAM Turbo) dan storan 256GB, pengguna boleh menyimpan lebih 60,000 gambar. Ia memastikan prestasi cekap semasa menonton, bermain permainan, atau multitugas harian.
HONOR X6c menerima Pensijilan SGS dan penarafan IP64, mampu menahan hentakan sehingga 1.5 meter serta rintangan air dan habuk. Skrin 6.61 inci dengan kadar segar semula 120Hz disokong teknologi perlindungan mata seperti Mod E-book dan Pemalapan Dinamik sesuai untuk penggunaan lama tanpa ketegangan.
HONOR X6c boleh didapati dalam dua pilihan warna Ocean Cyan dan Midnight Black di semua HONOR Experience Stores seluruh negara pada harga RM599. Untuk maklumat lanjut, layari www.honor.com/my. – Tehtariktimes