Honor of Kings & Sony Music Malaysia Raikan Merdeka Bersama Mimifly dengan Single Baharu “Nara”

Sempena Hari Merdeka, permainan MOBA mudah alih paling popular di dunia, Honor of Kings (HOK), berganding dengan Sony Music Entertainment Malaysia menampilkan kolaborasi istimewa bersama penyanyi, penulis lagu, dan penerbit muzik terkenal, Mimifly. Kolaborasi ini diraikan melalui pelancaran single terbaharu Mimifly berjudul “Nara”, yang membawa semangat legenda tempatan ke pentas global.

Warisan Malaysia dalam Dunia Digital

Melalui gabungan seni muzik, kisah rakyat, pantun, dan alunan gamelan, Honor of Kings menonjolkan tradisi Nusantara dalam bentuk moden dan kreatif. Ia selari dengan misi HOK untuk meraikan budaya Asia Tenggara di mata dunia.

YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia, menyatakan bahawa permainan video kini menjadi platform penting untuk ekspresi budaya dan kreativiti anak muda. Beliau menegaskan kolaborasi ini sebagai bukti bahawa warisan dan seni Malaysia boleh diangkat melalui ruang digital.

“Nara” , Lagu Kebanggaan Sempena Merdeka

Single “Nara” diinspirasikan daripada legenda Puteri Gunung Ledang, yang digambarkan sebagai sosok wanita bijaksana, berani, dan strategik. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Mimifly bersama PriiBoMii, menampilkan gabungan pop, hip-hop, dan sentuhan muzik Nusantara. Ia boleh didengar di Spotify, Apple Music, dan YouTube Music mulai 15 Ogos 2025.

Menurut Mimifly, “Nara” membawa mesej kekuatan bukan sahaja dari tenaga fizikal, tetapi juga daripada minda dan hati. Menariknya, lagu ini turut disertakan bahasa isyarat sebagai simbol keterangkuman dan penyatuan.

Skin Puteri Gunung Ledang Dalam Honor of Kings

Bermula 28 Ogos 2025, pemain boleh mendapatkan skin eksklusif Puteri Gunung Ledang dalam permainan secara percuma sehingga 9 September 2025. Rekaannya diinspirasikan daripada budaya tempatan seperti songket 3D-render dan motif tradisional, menjadikannya bukan sekadar visual tetapi juga simbol warisan Malaysia dalam dunia digital.

Menurut Eugene Chin, Pengurus Negara Level Infinite Malaysia, kemas kini ini adalah lebih daripada sekadar kosmetik permainan ia adalah cara untuk menghubungkan komuniti dengan identiti budaya tempatan yang kaya.

Cabaran Tarian #NARAofHOK

Selain muzik dan skin, peminat boleh sertai cabaran tarian #NARAofHOK di media sosial dengan meniru gerakan ikonik Mimifly dalam muzik video “Nara” termasuk koreografi bahasa isyarat uniknya.

Kemas kini lain sempena Merdeka termasuk:

  • Alih suara dalam dialek tempatan
  • Gelaran terhad masa
  • Pelekat eksklusif

Sambutan Merdeka Generasi Baharu

Kempen ini lebih daripada sekadar hiburan ia adalah sebuah pergerakan budaya, meraikan kreativiti Malaysia di ruang digital yang dekat dengan anak muda. Dengan jutaan pemain aktif di seluruh dunia, “Nara” dijangka mencipta impak yang membanggakan di peringkat global.

Sertai sekarang!

  • Log masuk mulai 28 Ogos untuk tebus skin Puteri Gunung Ledang percuma.
  • Saksikan muzik video rasmi dan konten di sebalik tabir di media sosial Honor of Kings Malaysia.
  • Sertai cabaran tarian dengan hashtag #NARAofHOK #BangkitHOK #HOKBOLEH #HonorOfKings.

Dengar album penuh Mimifly “Nara” di sini: Nara Full MIMIFLY

Tehtariktimes