HONOR MagicBook Pro 14 Dah Sampai!

HONOR memperkenalkan komputer riba baharu, HONOR MagicBook Pro 14, yang kini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM4,999. Menariknya, ia hadir dengan bateri 92Wh terbesar dalam kelasnya serta Cross-OS Connectivity pertama di Malaysia, membolehkan pemindahan fail antara Windows, Android dan iOS dengan lebih mudah dan lancar.

Dilengkapi RAM 32GB, SSD 1TB, dan rekaan putih bergaya, laptop ini turut menampilkan skrin OLED 3.1K 14.6 inci dengan bezel ultra-nipis dan pelbagai ciri perlindungan mata seperti mod e-book dan pensijilan TÜV Rheinland. Pengguna juga akan menikmati HONOR SuperCharge 100W untuk pengecasan pantas dan prestasi hebat menerusi Intel® Core™ Ultra5 225H serta mod prestasi 65W sesuai untuk kerja berat, gaming dan reka bentuk kreatif.

Setiap pembelian didatangkan dengan Microsoft 365 Personal selama setahun (prapasang) dan beg galas HONOR Backpack premium, bernilai keseluruhan RM508. HONOR MagicBook Pro 14 boleh didapati di HONOR Experience Store terpilih dan secara atas talian melalui laman rasmi HONOR Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari www.honor.com/myTehtariktimes