HONOR Bakal Lancarkan Lima Peranti Terbaru dalam Rangkaian Produk Semua Senario di Malaysia

HONOR dengan penuh kegembiraan mengumumkan bahawa lima peranti baharu bakal diperkenalkan di Malaysia, sekali gus memperluaskan lagi rangkaian produk pelbagai senario yang telah sedia ada. Mengikut peralihan jenama di bawah HONOR ALPHA PLAN yang diumumkan di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Barcelona 2025, HONOR terus berkembang daripada sekadar pengeluar telefon pintar kepada peneraju global dalam ekosistem peranti pintar berasaskan AI, menyampaikan inovasi terkini kepada semua pengguna di seluruh dunia.

Selama ini, HONOR terkenal dengan portfolio produk yang pelbagai seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, fon putik, dan jam tangan pintar. Dengan pelancaran akan datang, HONOR bakal memperkenalkan produk-produk baharu di Malaysia, mengukuhkan lagi komitmen jenama ini untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna dalam meningkatkan kualiti hidup mereka. Oleh itu, HONOR terus menonjol sebagai satu-satunya jenama Android di Malaysia yang menawarkan rangkaian peranti yang menyeluruh dan saling berhubung.

Dengan wawasan yang berfokuskan pengguna, setiap produk HONOR, termasuk penambahan baharu ini, direka untuk mengoptimumkan potensi manusia dalam pelbagai senario. Sama ada untuk meningkatkan produktiviti di tempat kerja, membantu mencapai matlamat kecergasan, merancang perjalanan pembelajaran, atau memberikan pengalaman hiburan yang luar biasa dan menyemarakkan kreativiti, rangkaian peranti ini direka untuk menyelesaikan cabaran harian dengan lancar menggunakan teknologi termaju.

Maklumat lanjut mengenai produk-produk baharu ini akan diumumkan dalam masa terdekat. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pelancaran rasmi dan merasai pengalaman teknologi semua senario HONOR yang terbaru di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi www.honor.com/my/.

Dengan pelancaran ini, HONOR sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan hanya mengikuti perkembangan teknologi, tetapi turut mencorakkan masa depan ekosistem peranti pintar di Malaysia. Bersedialah untuk merasai inovasi yang akan mengubah cara anda berinteraksi dengan dunia di sekitar anda!