HONOR 400 Tampil Dengan Ciri AI Revolusioner, Dibangunkan Bersama Pakar Google Cloud

Jenama teknologi global, HONOR secara rasmi mengumumkan bahawa tarikh pelancaran Siri HONOR 400 di Malaysia akan berlangsung pada 22 Mei 2025. Sejak diperkenalkan kepada rakyat Malaysia minggu lalu, siri telefon pintar ini telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, terutamanya mengenai keupayaan pengimejan AI generasi baharu yang diperkenalkan. Antara sorotan utama adalah teknologi AI Image to Video hasil kolaborasi strategik antara HONOR dan Google Cloud AI, yang membolehkan pengguna menghasilkan video menarik daripada gambar statik terus dari galeri telefon, tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga.

Gabungan ini menandakan satu pencapaian baharu dalam dunia fotografi mudah alih. Teknologi AI Image to Video bukan sahaja membawa kemudahan, tetapi juga memberi kuasa kreatif luar biasa kepada pengguna. Ia membolehkan gambar lama, ilustrasi AI, landskap mahupun komik diubah menjadi video berdurasi lima saat yang boleh dikongsi terus ke media sosial. Teknologi ini sesuai untuk menghidupkan semula memori, menggerakkan ekspresi wajah dan mencipta kembali interaksi yang menyentuh hati.

Sebagai contoh, HONOR baru-baru ini memaparkan dua video sempena Hari Ibu yang menunjukkan bagaimana teknologi ini digunakan untuk menghidupkan semula gambar insan tersayang. Dalam video pertama, seorang wanita menghidupkan kembali foto lama bersama ibunya yang telah meninggal dunia dalam kebakaran, dan AI menampilkan ibunya tersenyum serta berinteraksi dengannya. Manakala dalam video kedua, seorang bapa menggunakan HONOR 400 Pro untuk mengembalikan senyuman nenek kepada anak perempuannya yang masih merinduinya. Kedua-dua video ini memperlihatkan bagaimana HONOR menggunakan teknologi untuk mencipta semula momen yang penuh emosi dan kasih sayang.

Dari segi perkakasan, Siri HONOR 400 turut dilengkapi sistem kamera flagship terbaik dalam kelasnya. Kedua-dua peranti hadir dengan Kamera Utama 200MP bersama sensor bersaiz 1/1.4-inci, serta teknologi penstabilan imej OIS dan EIS bagi menghasilkan gambar jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan. HONOR 400 Pro menampilkan Kamera AI Telefoto 50MP yang menyokong sehingga 50 kali zum digital, manakala HONOR 400 menyokong sehingga 30 kali zum digital. Kamera swafoto 50MP di bahagian hadapan memastikan potret yang tajam dan berkualiti setanding hasil studio profesional.

Lebih menarik, HONOR turut memperkenalkan pelbagai alat suntingan berasaskan AI yang menjadikan pengalaman fotografi lebih intuitif dan menyeronokkan. Antaranya termasuk AI Eraser 2.0 yang membolehkan pengguna memadam objek tidak diingini seperti pantulan dan orang lalu-lalang secara automatik. AI Cutout pula memberikan kebebasan untuk mengekstrak individu daripada latar belakang dan menukar kepada pelbagai pilihan, termasuk latar kosong atau warna solid. Ciri AI Outpainting membolehkan pengguna memperluaskan bingkai gambar dengan hasil yang kelihatan semula jadi, manakala AI Upscale menaik taraf foto lama kepada resolusi yang lebih tajam dan terperinci.

Tambahan pula, ciri Moving Photo Collage membolehkan beberapa Live Photo digabungkan menjadi satu kolaj video yang dinamik, lengkap dengan muzik, filter dan durasi tersuai sesuai untuk dikongsi sempena hari istimewa. Tidak ketinggalan, Harcourt Studio 2.0 hadir dengan simulasi latar kabur seperti kamera profesional serta enam pilihan penuras artistik untuk menghasilkan potret yang lebih hidup dan memukau.

Saksikan pelancaran rasmi Siri HONOR 400 pada 22 Mei 2025, jam 3 petang menerusi penstriman langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari www.honor.com/my/