Dari utara hingga ke ibu negara, bintang kulinari muda dari Kedah menyerlah di pentas Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) 2025, membawa keunikan cita rasa serta tradisi Utara ke peringkat kebangsaan. Tema tahun ini, “Ramuan Warisan, Citarasa Negeri”, menyaksikan seramai 866 pelajar berumur 13–17 tahun dari 16 negeri membayangkan semula hidangan kegemaran dengan sentuhan kreatif. Untuk pertama kalinya, pertandingan ini diperluas bagi menyertakan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, selari dengan usaha MAGGI® untuk memberikan peluang kepada lebih ramai belia mempelajari asas makanan, memupuk hubungan sihat dengan makanan, serta mempromosikan pemakanan dan masakan yang sihat.
Peserta dari Kedah menambat hati para pengadil dengan resipi yang diinspirasikan daripada ramuan asli, tradisi dan kaedah memasak warisan, membuktikan bahawa warisan masakan serantau merupakan khazanah yang membentuk masa depan landskap makanan Malaysia. Sejak 1997, kerjasama MAGGI® dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui MSSCC telah memperkasa hampir 350,000 pelajar, bukan sahaja dengan kemahiran memasak asas, tetapi juga kemahiran hidup seperti kerjasama, disiplin dan kreativiti.

Di Kedah, para pelajar berkumpul di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Alor Setar bagi menyertai peringkat akhir negeri. Aktiviti ini menjadi lambang ketabahan, kebanggaan terhadap budaya sendiri, dan perkembangan diri pelajar. Encik Awang Rosnadi Bin Awang Rosli, Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, memuji komitmen MAGGI® dalam menyuntik tabiat masakan sihat dan pemakanan seimbang, serta melatih kemahiran hidup praktikal seperti daya kreatif, semangat bekerjasama, disiplin dan pengurusan masa.
Cik Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura, berkata MSSCC bukan sekadar meraikan tukang masak harian, tetapi juga menggalakkan pelajar membina hubungan positif dengan makanan melalui penerokaan dan inovasi kreatif. Program ini turut memberi peluang pelajar menghargai warisan mereka melalui makanan, menyatukan generasi muda dari Pantai Timur hingga Pantai Barat untuk belajar dan bersatu melalui keenakan hidangan tradisional.
Di peringkat negeri Kedah, juri telah menobatkan Aidil Zikry Bin Mohd Noor Izhham dan Nur Syifa Syadrina Binti Mohamad Azam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Hidangan kemenangan mereka, Nasi Cubit Cubit dan Ikan Pekasam Sambal Kantan Nenas, mengetengahkan Ikan Pekasam sebagai simbol warisan kulinari utara. Para finalis lain juga menonjolkan kreativiti masing-masing, daripada penggunaan hasil tempatan secara mampan hingga menggabungkan resipi turun-temurun keluarga dengan teknik memasak inovatif.

Aidil Zikry dan Nur Syifa berkongsi kegembiraan mereka: “Kami amat teruja menampilkan inovasi resepi tradisi yang diolah sambil mengekalkan citarasa asli. Perjalanan kami dari persiapan hingga hari pertandingan amat bermakna kerana berpeluang menyerlahkan bakat dan mengenali rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama. Konsep ‘Suku, Suku, Separuh’ memberi peluang kami bereksperimen sambil mengekalkan pemakanan seimbang.”
Juara MSSCC 2024, Muhammad Ammaruddin bin Jasni dan Aidil Zikry Bin Mohd Noor Izhham, menasihati para cef muda untuk terus meneroka dunia masakan dan pemakanan seimbang, menghargai warisan kulinari Malaysia, dan berkongsi cerita melalui hidangan mereka. Pertandingan ini bukan sekadar memasak, tetapi meningkatkan potensi, pembelajaran, dan membina hubungan dengan mereka yang berkongsi minat yang sama terhadap tradisi kulinari negara.
Grand Finale MSSCC 2025 dijangka berlangsung pada bulan Oktober, menghimpunkan 16 pasukan dari peringkat negeri untuk merebut gelaran juara kebangsaan. Untuk maklumat lanjut mengenai MAGGI® MSSCC 2025, sila layari: https://www.maggi.my/ms/memupuk-generasi-muda/.